(Video) Bayern Layak Ke Final Piala Jerman 3 Musim Berturut-Turut - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

(Video) Bayern Layak Ke Final Piala Jerman 3 Musim Berturut-Turut


Impian Bayern Munich untuk memburu kejuaraan ketiga berturut-turut hampir tercapai selepas layak ke perlawanan akhir DFB-Pokal (Piala Jerman) selepas menewaskan Eintracht Frankfurt 2-1 di Allianz Arena awal pagi tadi.


Tuan rumah bermula garang apabila berjaya menjaringkan gol pendahuluan hasil tandukan Ivan Perisic pada minit ke-14. Bayern mempunyai 2 lagi peluang untuk menambah jaringan menerusi rembatan dari Coman dan Lewandowski namun gagal membolosi gawang Frankfurt.


Bersambung separuh masa kedua, Danny Da Costa kembali menghidupkan peluang Frankfurt selepas menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-69. Walaubagaimanapun, Bayern tidak menunggu lama untuk kembali mendahului selepas Lewandowski berjaya mencetak jaringan kedua selepas menyempurnakan hantaran dari Kimmich. Keputusan 2-1 kekal sehingga wisel penamat menyaksikan Bayern Munich akan bertemu Bayern Leverkusen pada perlawanan akhir yang bakal berlangsung di Berlin nanti.

OHMEDIA: MAMPUKAH BAYERN UNTUK MEMBURU KEJUARAAN TREBLE? SAMA-SAMA KITA NANTIKAN

+ Baca respon pembaca Bayern layak ke final Piala Jerman 3 musim berturut-turut di Facebook Oh! Media
Dikuasakan oleh Blogger.