Bayaran RM10,000 Sugu Pavithra Dibandingkan Dengan Dirinya, Ini Jawapan Chef Wan - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Bayaran RM10,000 Sugu Pavithra Dibandingkan Dengan Dirinya, Ini Jawapan Chef Wan


Sebelum ini nama cef selebriti terkenal, Datuk Rezuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan telah dikaitkan dengan nama seorang Yotuber yang juga cukup popular pada ketika ini iaitu Sugu Pavithra berkenaan isu meminta bayaran RM10,000 untuk masuk dalam sebuah rancangan realiti TV.

Pengaraca yang dikenali sebagai Anim Ezati Rizki itu telah berkongsi harga yang diberikan Sugu Pavithra yang mengatakan dia terkejut apabila mengetahui harga yang dikenakan.

Jadi, takkan Chef Wan nak berdiam sahaja? Ini jawapan balas dari cef kita.

Mungkin itu rezeki mereka. Tak apalah masing-masing punya bahagian. Kalau merasakan bahawa harga yang ditetapkan terlalu tinggi dan dia merupakan tukang masak yang sedang melonjak naik, kedua-dua pihak boleh berunding tentang harga tersebut agar adil. Saya ada menonton video pasangan ini. Mereka mendapat tempat di hati ramai orang disebabkan kepetahan dia berbahasa Melayu dan cara masakan dia yang bersahaja. Dia juga berani dan sangat bangga untuk menonjolkan resepi serta bakat yang ada. Jadi, saya rasa mereka patut disanjungi. - Jelasnya yang dipetik dari laporan Gempak.

Bagi Ohmedia, perkara ini pada awalnya tidak sepatutnya disebarkan kepada umum kerana perbincangan di antara pihak A dan pihak B perlu dijaga dengan baik agar tidak berlaku salah faham.

Kredit: Gempak

+ Baca respon pembaca yang cukup minat dengan Sugu Pavithra di Facebook Oh! Media.



Dikuasakan oleh Blogger.