Badan Terlalu Kurus? 5 Jenis Makanan Ini Boleh Menaikkan Berat Badan - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Badan Terlalu Kurus? 5 Jenis Makanan Ini Boleh Menaikkan Berat Badan


Kita sering mendengar masalah orang yang mengalami masalah berat badan berlebihan dan kegemukan. Namun jarang sekali kita ambil tahu tentang mereka yang mempunyai masalah kurus kering. Oleh yang demikian, ohmedia nak kongsi dekat korang 5 makanan yang boleh menaikkan berat badan.

Keju


Ohmedia pasti ramai dikalangan kita terutama golongan muda gemar untuk manambah keju dalam makanan atau membeli makanan yang mempunyai keju seperti Cheese Burger atau Cheesekut. Jika korang amalkan makan keju secara berterusan, hasilnya akan membuatkan berat semakin bertambah kerana keju mempunyai kandungan lemak yang tinggi.

Daging Merah


Siapa sahaja yang tidak suka makan daging kan. Jadi untuk korang yang suka makan daging boleh lah cari yang jenis rib-eye, t-bone dan beef tenderloin kerana rasanya sedap dan boleh membantu untuk menaikkan berat badan korang yang kurus tu.


Minyak Sayur-Sayuran 


Ohmedia faham ramai antara kita jenis yang tidak kisah untuk menggunakan apa-apa jenis minyak ketika memasak. Walaubagaimanapun, buat korang yang ingin menaikkan berat badan ohmedia sarankan korang untuk menggunakan minyak zaitun, minyak bunga matahari, minyak kelapa dan minyak kacang kerana ia mampu untuk menaikkan berat badan.


Buah-Buahan


Seperti kita semua tahu buah-buahan mengandugi vitamin yang amat baik untuk tubuh badan. Namun tidak ramai yang tahu bahawa terdapat buah-buahan yang boleh memberi tenaga dan menambah lemak pada badan antaranya buah pisang, betik, nenas dan mangga. Jadi korang yang kurus tu boleh mengambil beberapa jenis buah ini untuk dijadikan sebagai pencuci mulut pada setiap hari.

Susu



Jika korang jenis yang tidak suka makan banyak boleh amalkan pengambilan susu yang mempunyai lemak tinggi (Whole Fat) kerana ia mengandungi Vitamin A dan Vitamin D dan boleh menambah lemak pada badan dengan sihat. Susu jenis ini korang boleh dapatkan di mana-mana pasaraya yang terdekat. 

OHMEDIA: SEMOGA TIP INI SEDIKIT SEBANYAK DAPAT MEMBANTU KORANG UNTUK MENAIKKAN BERAT BADAN SECARA SIHAT

+ Baca respon pembaca badan terlalu kurus? 5 jenis makanan ini boleh menaikkan berat badan di Facebook Oh! Media




Dikuasakan oleh Blogger.