Anak Bekas Menteri Pertahanan Dipenjara 8 Bulan Mulai Hari Ini Akibat Dadah! - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Anak Bekas Menteri Pertahanan Dipenjara 8 Bulan Mulai Hari Ini Akibat Dadah!


Sebentar tadi (24 Jun 2020), pihak Mahkamah Majistret telah membuat keputusan untuk menjatuhkan hukuman penjara selama lapan bulan terhadap anak seorang bekas Menteri Pertahanan Malaysia iaitu Mohamad Sabu yang merupakan pengerusi parti AMANAH.

Anaknya yang dikenali sebagai Ahmad Saiful Islam Mohamad berusia 32 tahun itu didapati bersalah ke atas pertuduhan penyalahgunaan dadah di sebuah hotel terkemuka pada tahun lepas.


Majistret Mohamad Aizat Abdul Rahim menjatuhkan hukuman itu selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Memetik laporan Bernama mengatakan yang hukuman penjara lapan bulan itu akan bermula hari ini dan ia tidak termasuk dengan tempoh sebelum ini dan perlu menjalani dua tahun pengawasan bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) selepas keluar perjara nanti.

OHMEDIA: SEMOGA ANAK-ANAK DAN KELUARGA KITA TERHINDAR DARI NAJIS DADAH INI.

Kredit: Bernama

+ Baca respon pembaca yang takut dengan najis dadah di Facebook Oh! Media.



Dikuasakan oleh Blogger.