10 Laptop Bawah RM500 Di Online Shopper Yang Boleh Korang Miliki - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

10 Laptop Bawah RM500 Di Online Shopper Yang Boleh Korang Miliki


Selain smartphone, laptop juga dikatakan sebagai satu keperluan sekarang ini. Lebih-lebih bagi untuk korang yang kena kerja atau kelas online dari rumah. Takut mahal? Ni Ohmedia kongsikan laptop rilek je bawah RM500 yang dijual di onliine shopper tapi still ok untuk korang gunakan.

Dell Venue Pro 11

Sumber gambar dari Cnet
Untuk laptop ini ianya berharga RM479. Meskipun bawah RM500 laptop ini dilengkapi dengan touchscreen kerana ia dikategorikan sebagai laptop tablet. Laptop ini dikuasakan dengan processor Atom-Z Quad Core 1.46Ghz dan boleh di boost sehingga 2.39Ghz, dimana ia disokong dengan RAM sebesar 2GB dan 64GB SSD storage. Paparannya hadir dengan 1920X1080 Full HD.

Fujitsu Lifebook 15.6

Sumber gambar dari Google
Berbanding dengan laptop yang tadi, laptop dari Fujitsu ini menggunakan RAM sebesar 4GB dengan storage yang besar sedikit, 320GB HDD. Saiz paparannya juga besar, sebesar 15.6 inci. Dari segi processors, ia menggunakan Intel Celeron B830 1.8Ghz. Walaupun spec nya sedikit mengatasi dari laptop sebelum ini, korang boleh dapaptkan laptop ni bawah RM450 di Shopee.

Dell Latitude E5400

Sumber gambar dari Catawiki
Untuk laptop ni pula, ia menggunakan Intel Core 2 Duo 2.2Ghz yang menggunakan 2GB RAM sebagai sokongan serta 80GB SATA Hard Drive 2.5. Skrin untuk laptop ini bersaiz 14 inci. Berdasarkan spekc yang ditawarkan pada laptop ini, harga RM388 adalah harga yang cukup berbaloi untuk korang miliki.

Panasonic Thoughbook CF-NX2

Sumber gambar dari 樂淘letao | 日本Yahoo
Menurut info, laptop ni antara laptop yang mendapat maklum balas positif dari pengguna. Harganya Ohmedia tengok di Shopee adalah RM449 dengan spec yang boleh dikatakan berbaloi untuk korang beli. Ia menggunakan Core i3 Third Generation yang disokong dengan RAM sebesar 4GB dan 250GB HDD storage yang hadir dengan paparan sebesar 12 inci.

Lenovo Thinkpad T500

Sumber gambar dari Laptop Mountain
Berbanding dengan Panasonic tadi, laptop dari Lenovo ini dijual sedikit murah di Shopee. Harganya adalah RM319 dengan spec processor Core 2 Duo dan disokong 2GB RAM DDR3. Storage nya pula sebesar 80Gb SATA Hard Drive dengan paparan bersaiz 1280 x800.

Dell Chromebook 11

Sumber gambar dari LifeWire
Laptop ini mempunyai kelajuan RAM sebesar 2GB yang disokong dengan 16GB SSD. Meskipun memakai SSD, korang still boleh dapatkan laptop ini di Shopee pada harga RM399. Ia juga mempunyai slot HDMI dan mempunyai saiz skrin sebesar 11.6 inci. Processor yang digunakan pada laptop ini adalah Intel Celeron 1.4GHz.

Acer Chromebook C710-2815

Sumber gambar dari Ow.ly
Di Lazada laptop ini dijual pada RM333 walaupun hadir dengan skrin sebesar 11.6 inci. Processor nya pula menggunakan Intel Celeron 1.1GHz yang menggunakan RAM sebesar 2GB RAM DDR3. Untuk storage nya pula ia bersaiz 16GB. Korang rasa dengan spec yang Ohmedia sebutkan tadi, berbaloi tak dengan harga?

HP Mini 5101

Sumber gambar dari Pocket-lint
Kalau korang kurang puas dengan laptop tadi, korang try tengok laptop ni pula. Di Shopee setakat ini ia dijual pada harga RM499 dengan spesifikasi yang boleh dikatakan kena dengan harga. HP Miniini menggunakan processor Intel Atom N280 1.66Ghz yang mempunyai kelajuan RAM sebesar 2GB RAM serta disokong dengan storage sebesar 160GB SATA HDD. Saiz skrinnya pula adalah sebesar 10.1 inci.

Acer Chromebook C720-2844

Sumber gambar dari Notebook Review
Macam Ohmedia cakap tadi, kalau tak puas hati dengan Acer Chromebook sebelum ini, mungkin korang boleh tengok yang ni pula. Saiznya skrin, kelajuan RAM serta storage nya sama, iaitu 11.6 inci dan 2GB RAM DDR3 dan 16GB tetapi yang membezakannya adalah dari segi processor yang digunakan. Untuk Acer Chromebook C720, ia menggunakan Intel Celeron 1.4Ghz berbanding Acer Chromebook yang menggunakan Intel Celeron 1.1GHz. Untuk laptop Acer ni, ia mempunyai graphic card Intel HD GraphicsChipset. Untuk harga, ia dijual di Shopee pada harga RM393. So macam mana? ok ke tak spec dengan harga yang ditawarkan?

Lenovo Thinkpad L440

Sumber gambar dari Carousell
Laptop yang terakhir ini dijual di Shopee pada harga RM499 dengan spec RAM sebesar 4GB dan processor Intel Celeron 2950m 2.0GHz dengan paparan sebesar 14 inci. Dari segi storage, ia hadir dengan saiz sebesar 500GB HDD, dimana ia dilengkapi dengan graphic card, Intel HD Graphics.

+ Baca respon pembaca 10 laptop bawah RM500 di online shopper di Facebook Oh! Media

Dikuasakan oleh Blogger.