Ustaz Ebit Lew Mohon Bantuan Orang Baiki Lif Rosak Lebih 2 Tahun Di Flat Jinjang Utara - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Ustaz Ebit Lew Mohon Bantuan Orang Baiki Lif Rosak Lebih 2 Tahun Di Flat Jinjang Utara


Selepas melalui hari yang sukar, nampaknya pendakwah bebas Ebit Lew tidak pandang ke belakang lagi apabila menjadi lebih bersemangat untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik.

Terbaru, perkongisannya di Instagram semalam telah menunjukkan satu lagi situasi yang menyentuh hati netizen apabila Ebit Lew memberikan bantuan di Flat Jinjang Utara. Bantuan kali ini sedikit berbeza apabila mereka terpaksa menaiki tangga dan perlu menaiki flat setinggi 14 tingkat itu.

Sedih masa pergi ke flat Jinjang Utara. Tak tahan bila sampai 1 blok jer lif elok. Yang lain naik tangga sampai tingkat 14. Ramai chinese, India, Melayu saya jumpa tadi oku dan warga emas. Begitu juga ada yang tinggal seorang diri. Hari-hari turun tangga beli makanan dekat bawah. - Kata Ebit Lew

Dari apa yang diberitahu, hanya 1 lif sahaja yang berfungsi untuk setiap blok dan lif lain sudah rosak lebih 2 tahun. Hal ini menyebabkan rasa sedih Ebit Lew dan ingin mencari sesiapa yang dapat memberikan bantuan untuk membaiki semua lif yang sudah rosak dalam kadar segera.

Rasa sedih ini ditambah bila mengenangkan nasib semua oku, warga emas dan ibu tunggal yang terpaksa melalui hari-hari yang sukar di sana. Walaupun mungkin sudah menjadi kebiasaan semua penduduk di sana, ia bukanlah bertanda mereka tidak perlu menerima bantuan.

Berikut adalah perkongsian penuh Ebit Lew di Instagram.



Sedih masa pergi ke flat Jinjang Utara. Tak tahan bila sampai 1 blok jer lif elok. Yang lain naik tangga sampai tingkat 14. Ramai chinese, india, melayu saya jumpa tadi oku dan warga emas. Begitu juga ada yang tinggal seorang diri. Hari-hari turun tangga beli makanan dekat bawah. Saya baru hari ni naik 14 tingkat dah nak menangis. Penatnya sakit kaki turun naik. Turun naik. Macam manalah orang tua-tua ye. Dah 2 tahun lif rosak. Betul-betul kasihan dan sedih rasa. Sedihnya rasa. Siapa boleh bantu untuk cepatkan repair selenggarakan lif ini semua. Kasihannya lah. Masa ni seorang kakak Mei yang baik dan seorang abang bantu kami jumpa mereka. Beri sedikit barang dapur dan duit belanja. Betul-betul menyentuh hati saya. Ramai tiada kerja. Ada seorang kakak sakit anak kerja cuci pinggan. Sekarang tiada gaji dah kerana tidak kerja. Gaji hari. Uncle tu menangis walau tak bercakap bila saya beri duit ditangannya. Bukan duit itu tapi kasih sayang. Bukan bantuan itu. Tapi rasa disayangi dan diambil berat. Dulu masa saya susah ada orang bagi rm2 saya masuk tandas tengok duit dan menangis. Tadi saya nampak selepas saya keluar ada pakcik tu kira duit diberi dan dia cium duit tu menangis. Ya Allah sayunya. Duit cuma kertas tapi tangisan pakcik tadi tu bahagia saya. Saya benar-benar rasa sayu dan pohon doa semua yer agar semua oku, warga emas, ibu tunggal di tempat begini dapat dibantu. Pertubuhan Kasih Umat Malaysia cimb 8603546376
A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

Begitulah apa yang berlaku di sekeliling kita tanpa kita sedar. Kalau korang rasa ingin membantu tetapi tidak mampu untuk turun padang, bolehlah menghulurkan bantuan ke Pertubuhan Kasih Umat Malaysia di akaun bank CIMB 8603546376 seperti yang dikongsikan Ebit Lew.

Sumber: Instagram Ebit Lew

+ Baca respon pembaca yang ikuti bantuan Ebit Lew di Facebook Oh! Media.






Dikuasakan oleh Blogger.