Ustaz Ebit Lew Bantu Ibu Tunggal Empat Anak Bikin Sebak! - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Ustaz Ebit Lew Bantu Ibu Tunggal Empat Anak Bikin Sebak!


Perkongsian daripada Ustaz Ebit Lew di media sosial sememangnya tidak pernah jemu sama ada mengenai syarahan, kata-kata motivasi ataupun membantu orang yang memerlukan. Ohmedia paling suka bila tengok dia membantu orang susah ni sebab caranya sangat menginspirasikan!

Lagi-lagi dengan perkongsian terbarunya di Instagram ketika musim wabak Covid-19 ni telah membuatkan ramai orang berasa amat tersentuh dengan tindakannya itu apabila membantu ibu tunggal bersama empat orang anaknya yang tinggal di Tanjung Lumpur, Kuantan, Pahang.

Sebak menangis di Tanjung Lumpur Kuantan bila ibu tunggal ini menangis bersama 4 anaknya yang masih bersekolah. Anak yang 18 tahun, 17 tahun dan 9 tahun menangis cerita waktu malam hujan lebat. Mak berlari tadah air. Akhirnya tak boleh tadah. Setiap hari bila hujan begitu. Masing-masing menangis kasihan pada ibunya. Tapi mereka memang susah dari dulu. Kakak duduk asrama, kasihan ibu sekarang duduk rumah. Sekolah banyak membantu juga di sekolah. Tiada katil dan tilam pun. Alas kain dan ada satu kerusi tempat tidur. Bilik pun tak ada. Diorang menumpang je di sini. Dulu kakak ni kerja guard dan berhenti. Anak sulung baru kerja 2 bulan dapat RM800. Sekarang dah tak ada gaji, tak ada duit musim PKP (Perintah Kawalan Pergerakan). Makan maggi kongsi adik-beradik. Basah semuanya. Dah 2 tahun duduk begini. Bila adik 9 tahun dan 17 tahun menangis. Hati saya jadi pilu sangat. Tengoklah atap tu. Hanya Allah yang tahu isi hati ini. Bagaimanalah ada keluarga hidup begini 2 tahun. Adik ni baik-baik semuanya. Besar nak jadi apa. Seorang tu nak jadi polis. Mereka bela ayam sedikit. Tapi musang makan ayam. Jadi tak kemana berniaga. Saya beli semua ayamnya dan anak ayam. Adik ni sembunyi mesej saya tanpa pengetahuan maknya. Dia diam-diam mesej. Kerana tak tahan waktu hujan lebat. Dan kadang rumah semua berlubang. Anak dara susah dan takut nak mandi dan buat apa-apa. Ya Allah tuhanku. Doakan saya tengah cari rumah untuk mereka. Jika dapat saya akan bayarkan sewa dan api air insyaAllah. Mereka menangis bila ajak pindah rumah. Terharu gembira. Doakan ya.



Sebak menangis di Tanjung Lumpur Kuantan bila ibu tunggal ini menangis bersama 4 anaknya yang masih bersekolah. Anak yang 18 tahun, 17tahun dan 9tahun menangis cerita waktu malam hujan lebat. Mak berlari tadah air. Akhirnya tak boleh tadah. Setiap hari bila hujan begitu. Masing-masing menangis kasihan pada ibunya. Tapi mereka memang susah dari dulu. Kakak duduk asrama, kasihan ibu sekaranh duduk rumah. Sekolah banyak membantu juga di sekolah. Tiada katil dan tilam pun. Alas kain dan ada satu kerusi tempat tidur. Bilik pun takde. Diaorang menumpang jer disini. Dulu kakak ni kerja guard dan berhenti. Anak sulung baru kerja 2 bulan dapat rm800. Sekarang dah takde gaji takde duit musim PKP. Makan maggi kongsi adik beradik. Basah semuanya. Dah 2 tahun duduk begini. Bila adik 9 tahun dan 17 tahun menangis. Hati saya jadi pilu sangat. Tengoklah atap tu. Hanya Allah yang tahu isi hati ini. Bagaimanalah ada keluarga hidup begini 2 tahun. Adik ni baik-baik semuanya. Besar nak jadi apa. Seorang tu nak jadi polis. Mereka bela ayam sedikit. Tapi musang makan ayam. Jadi tak kemana berniaga. Saya beli semua ayamnya dan anak ayam. Adik ni sembunyi mesej saya tanpa pengetahuan mak nya. Dia diam-diam mesej. Kerana tak tahan waktu hujan lebat. Dan kadang rumah semua berlubang. Anak dara susah dan takut nak mandi dan buat apa-apa. Ya Allah tuhanku. Doakan saya tengah cari rumah untuk mereka. Jika dapat saya akan bayarkan sewa dan api air insyaAllah. Mereka menangis bila ajak pindah rumah. Terharu gembira. Doakan yer..-ebitlew
A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on
Walaubagaimanapun, Ustaz Ebit Lew berjaya mendapatkan rumah sewa untuk keluarga tersebut sehinggakan empat adik-beradik itu berulang kali mengucapkan terima kasih kepada dirinya disebabkan rasa terharu dan gembira.

Syahdu sayu bila dengar adik tu cakap cantiknya rumah. Sepanjang kami hidup tak pernah terbayang pun rumah macam ni. Dalam masa 3 jam selesai pindah rumah. Tuan rumah bagi sewa RM600. Asalnya RM700. Ada 3 bilik. 2 bilik air. Pagar semua cantik. Saya akan bayar sewa dan bil semua insyaAllah selagi mampu dan hidup insyaAllah. Cantik rumah ini. Sejuk je tadi. Kipas semua sejuk je. Saya belikan 4 katil dan 4 tilam. Katil besar dan 3 katil kecil. Belikan juga langsir dan cadar baru semua. Melihat tangisan mereka cuma terbayang bagaimana nak jawab depan Allah nanti. Sedang saya tidur lena ada orang susah di luar sana. Ya Allah maafkanlah saya. Bantulah keluarga ini. Adik-adik ini ulang kali cakap terima kaseh dan menangis je. Sebab terharu gembira. Semoga Allah jagakan mereka dan jadikan anak mereka yang baik dan solehah ini menjadi matahari kebaikan buat seluruh manusia. Terima kasih semua sahabat, tuan rumah, orang Kuantan yang bersama saya. Allah sayang semua.



Syahdu sayu bila dengar adik tu cakap cantiknya rumah. Sepanjang kami hidup tak pernah terbayang pun rumah macam ni. Dalam masa 3 jam selesai pindah rumah. Tuan rumah bagi sewa rm600. Asalnya rm700. Ada 3 bilik. 2 bilik air. Pagar semua cantik. Saya akan bayar sewa dan bil semua insyaAllah selagi mampu dan hidup insyaAllah. Cantik rumah ini. Sejuk jer tadi. Kipas semua sejuk jer. Saya belikan 4 katil dan 4 tilam. Katil besar dan 3 katil kecil. Belikan juga langsir dan cadar baru semua. Melihat tangisan mereka cuma terbayang bagaimana nak jawab depan Allah nanti. Sedang saya tidur lena ada orang susah di luar sana. Ya Allah maafkanlah saya. Bantulah keluarga ini. Adik-adik ini ulang kali cakap terima kaseh dan menangis jer. Sebab terharu gembira. Semoga Allah jagakan mereka dan jadikan anak mereka yang baik dan solehah ini menjadi matahari kebaikan buat seluruh manusia. Terima kaseh semua sahabat, tuan rumah,orang kuantan yang bersama saya. Allah sayang semua-ebitlew Pertubuhan Kasih Umat Malaysia cimb 8603546376
A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on
Terbaiklah Ustaz! Semoga Allah SWT membalas jasamu dan sentiasa menjadi sumber inspirasi kepada orang lain. InsyaAllah, Amin. Bagi yang ingin menghulurkan bantuan kepada orang yang memerlukan, korang boleh menyumbang ke CIMB Pertubuhan Kasih Umat Malaysia, 8603546376.

OHMEDIA: ALHAMDULILLAH. TERIMA KASIH USTAZ EBIT LEW!

Sumber: Instagram

+ Baca respon pembaca sayang Ustaz Ebit Lew di Facebook Oh! Media.

Dikuasakan oleh Blogger.