Teksi Singapura Pasang V-Shield Elak Jangkitan Covid-19 - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Teksi Singapura Pasang V-Shield Elak Jangkitan Covid-19


Singapura kini telah mencatatkan sebanyak 32,876 bilangan kes Covid-19. Hal ini telah membuatkan satu syarikat teksi di Singapura mencipta sedikit kelainan dengan menambah kabin yang dikenali sebagai V-Shield pada tempat duduk pemandu dengan tujuan untuk mengurangkan jangkitan Covid-19.


Syarikat yang dikenali sebagai ComfortDelGro telah merancang untuk memasang kabin tersebut kepada 400 buah teksi. Justeru itu, mereka telah mulakan pemasangan kepada 50 kenderaan setiap minggu. V-Shield khas dicipta untuk pemandu teksi kerana ia diperbuat dari bahan yang tahan lasak dan tidak akan pecah.


Kabin ini mempunyai 2 tingkap untuk memudahkan urusan pembayaran yang akan dilakukan oleh penumpang. Semoga usaha yang ComfortDelGro lakukan ini mampu untuk mencegah dari penyebaran Covid-19 di Singapura

OHMEDIA: JIKA IDEA INI BERJAYA PASTI AKAN MENJADI IKUTAN KEPADA SYARIKAT YANG LAIN

+ Baca respon pembaca teksi singapura pasang V-Shield elak jangkitan Covid-19 di Facebook Oh! Media





Dikuasakan oleh Blogger.