Tangan Raja Permaisuri Agong Melecur, Kongsi Kisah Belajar Memasak Ketika Kecil - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Tangan Raja Permaisuri Agong Melecur, Kongsi Kisah Belajar Memasak Ketika Kecil


Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah selalu menjadi perhatian rakyat Malaysia apabila Baginda berkongsi cerita dan resepinya di Instagram, @airtangan_tunkuazizah.

Baru-baru ini, Baginda memuatnaik gambar tangannya yang melecur akibat terkena periuk panas dan menceritakan kisahnya belajar memasak ketika kecil sehingga Baginda kena halau dari dapur istana.

Biasalah kalau kita memasak mestinya terkena periuk panas, atau minyak, terkena pisau/luka atau wap steam. Kalau tidak, bukanlah tukang masak. Saya masih ingat masa kecil, selalu kena halau keluar dapur istana! Che Lok, Mak Lamah, Ku Comel dan Kak Cik selalu pok pek kat saya, 'Anak raja sila keluar dapur, nanti parut/ bertanda bila bersanding!' Saya suka mengacau mereka masak, jadi mereka selalu suruh saya tolong kupas bawang, kupas kentang dan petik taugeh! Dari situ lah saya belajar memasak, mereka akan tunjuk kepada saya cara-cara, petua dan resepi dan mereka akan bisik kepada saya 'Jangan ajar adik-beradik lain' dan saya pula rajin bawa buku nota, suka bertanya dan tulis resepi-resepi. Mereka sayang saya kerana saya suka menolong mereka! I was their fave princess! -kata Raja Permaisuri Agong



A post shared by SPB Raja Permaisuri Agong (@airtangan_tunkuazizah) on

Rata-rata pengikut Baginda di Instagram berkongsi pengalaman mereka di dapur dan ada daripada mereka juga memberi petua untuk menyembuhkan kesan melecur itu. Semoga cepat sembuh, Tuanku! Walaupun Tuanku dulu pernah menjadi puteri kegemaran tetapi kini Tuanku menjadi Raja Permaisuri Agong kegemaran rakyat Malaysia tau?!

OHMEDIA: SUKA BETUL TENGOK RAJA PERMAISURI AGONG KITA MASAK!

Sumber: Instagram

+ Baca respon pembaca sayang Raja Permaisuri Agong di Facebook Oh! Media.




Dikuasakan oleh Blogger.