'Tak Payah Sembang Nak Menang Oscar” - Tony Eusoff Tempelak Kenyataan Pengerusi FINAS - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

'Tak Payah Sembang Nak Menang Oscar” - Tony Eusoff Tempelak Kenyataan Pengerusi FINAS


Baru-baru ini Pengerusi FINAS yang baru, Zakaria Abd Hamid mengeluarkan kenyataan mahukan industri hiburan tempatan memenangi anugerah-anugerah berprestij misalnya Anugerah Oscar. Walaubagaimanapun kenyataan Zakaria berkenaan dibidas oleh pelakon Daulat, Tony Eusoff melalui Twitter miliknya.



Tony menjelaskan bahawa pandangannya itu tidak berniat untuk menghentam mana-mana pihak, sebaliknya mahu membuka mata mereka yang terbabit dalam industri seni hiburan tempatan bahawa terlalu banyak perkara dalaman yang perlu diselesaikan dan dibaiki terlebih dahulu, misalnya kontrak yang berat sebelah, wardrobe dan juga penyediaan prop.



Mengulas lebih lanjut, Tony meminta agar pihak atasan FINAS turun padang bagi melihat sendiri bagaimana proses shooting dilaksanakan. Tony juga turut menyentuh isu bajet yang jauh ketinggalan jika dibanding dengan pemenang-pemenang Oscar sebelum ini.



OHMEDIA: BETUL LAH TU, SELAGI ISU BAJET MENJADI PERMASALAHAN, JANGAN MIMPI UNTUK MENANG ANUGERAH YANG LEBIH BESAR.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca Tony Eusoff tempelak kenyataan Pengerusi FINAS di Facebook Oh! Media




Dikuasakan oleh Blogger.