Menteri Agama Nasihat Lakukan Solat Sunat Aidilfitri Di Rumah Dengan Bacaan Khutbah - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Menteri Agama Nasihat Lakukan Solat Sunat Aidilfitri Di Rumah Dengan Bacaan Khutbah


Walaupun kebenaran untuk melakukan solat Jumaat, solat berjemaah dan solat sunat aidilfitri telah dibenarkan di kebanyakan negeri, ia masih meletakkan jumlah jemaah maksima 12 hingga 30 orang jemaah pada satu-satu masa.

Jadi, bagaimana pula dengan mereka yang tidak dapat ke masjid dan surau? Menjawab persoalan ni, Menteri Hal Ehwal Agama Dato' Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri telah menasihatkan untuk solat sunat Aidilfitri ini dilakukan di rumah bersama keluarga.

Dr. Zulkifli juga menggalakkan untuk bacaa khutbah Aidilfitri dibacakan sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri.

Jawapan ini dijawabnya di Twitter selepas ditanya oleh salah seorang pengikut dan teks bacaan khutbah ini boleh dimuat turut di laman web Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri masing-masing.



Kredit: Twitter Dr Zulkifli Mohamad

+ Baca respon pembaca yang akan lakukan solat sunat Aidilfitri di Facebook Oh! Media.



Dikuasakan oleh Blogger.