Opah Aminah Watak Terakhir Sheila Rusly - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Opah Aminah Watak Terakhir Sheila Rusly


Siapa jer tak kenal pelakon yang memegang watak sebagai Opah Aminah dalam drama popular Bukan Gadis Biasa kan? Fuh! Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, cerita ni lah membuatkan Ohmedia hilang rasa bosan dekat rumah.

Pengacara, pelakon dan penerbit, Sheila Rusly berusia 49 tahun mengatakan bahawa dia sudah mengambil keputusan untuk berehat sementara waktu dari bidang lakonan. Ini bukan gimik tau semata-mata nak dapatkan perhatian semua orang.

Memang saya merajuk dengan industri sebab saya rasa sebagai anak seni, saya menggunakan platform sebagai penerbit memberi kelainan kepada industri tapi usaha saya orang pandang sambil lalu saja. Cerita-cerita bergenre biasa ini yang mereka rasa harus dihargai. Saya bila buat apa-apa benda bukan mengharapkan balasan tapi bila kita dah berikan full effort, tak dapat penghargaan mestilah kecewa. Saya hanya minta sedikit penghargaan supaya kerja keras saya rasa berbaloi. Itu saja. Dalam masa sama, saya percaya pada rezeki dan mungkin Allah kata belum rezeki. Tapi sebagai manusia biasa, mestilah ada perasaan terkecil hati, tersedih dan terkecewa. Saya hasilkan sesebuah karya dengan bersungguh-sungguh untuk kepuasan penonton. Saya memang nak berehat, bila saya cakap itu maknanya saya akan buat. Saya bukan hanya cakap tapi tak buat. Ini bukan gimik dan bukan sekadar bercakap untuk dapatkan perhatian. Sekarang ini, saya tak kata saya sudah kembali berlakon. Drama Bukan Gadis Biasa, buat masa ini itu lah drama terakhir saya berlakon sebelum saya berehat sekejap. Saya tak tahu berehat sampai bila tapi mungkin sampai saya dapat satu naskah yang terpanggil untuk saya berlakon semula. InsyaAllah saya akan kembali kalau watak itu mencabar saya sebagai seorang pelakon, tapi kalau watak biasa, bagi lah kepada orang yang lebih memerlukan platform tersebut.

Tak apa lah, Sheila. Ambil jer kritikan tu untuk memperbaiki diri pada masa akan datang. Apapun, Ohmedia doakan agar Sheila terus maju jaya dan dapat kembali ke bidang lakonan secepat mungkin.

OHMEDIA: KORANG MESTI DAH RINDU OPAH AMINAH KAN? HUHU.

Sumber: mStar

+ Baca respon pembaca minat Opah Aminah di Facebook Oh! Media.



Dikuasakan oleh Blogger.