Remy Ishak Sayu Kenangkan Mereka Yang Terjejas Kerana Pandemik - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Remy Ishak Sayu Kenangkan Mereka Yang Terjejas Kerana Pandemik


Remy Ishak, pelakon yang sedang hangat diperkatakan berikutan dari dramanya, Bukan Gadis Biasa yang sedang disiarkan di sebuah syarikat tv tempatan berkongsi pengalaman beliau ketika membantu memberi sumbangan kepada mereka terjejas akibat COVID-19 dan PKP yang dianjurkan oleh sebuah organisasi.

Bagi Remy, program bantuan yang hadiri kali ini memberi impak emosi yang berbeza dari yang pernah beliau lakukan. Jelas Remy, kali ini ramai yang menonton dramanya termasuklah penonton lelaki. Tambah Remy, ini disebabkan tiada siaran bola sepak disiarkan waktu PKP.

Sumber gambar dari Berita Harian
Dari maklum balas berkenaan, timbullah cerita cabaran hidup yang terpaksa dihadapi oleh mereka ketika berdepan dengan pandemik berkenaan. Jelas Remy, ada diantara penonton lelaki berkenaan yang mengadu hilang pekerjaan dan mata pencarian untuk menyara keluarga masing-masing.

Apa yang membuatkan beliau sedih, ada diantara mereka yang langsung tidak terfikir untuk membuat persiapan raya tidak lama lagi menjelang tiba. Bagi Remy, mereka bukanlah peminta sedekah, tetapi hanya memerlukan bantuan berdepan situasi sukar.

Oleh itu Remy Ishak mengajak mereka yang berkemampuan diluar sana untuk tampil menyumbang bangi meringankan beban mereka yang terkesan dengan wabak COVID-19.


OHMEDIA: SEMOGA URUSAN MEREKA YANG TERJEJAS DIPERMUDAHKAN. BAGI MEREKA YANG MAMPU, TAMPIL DAN BANTULAH MEREKA DALAM MERINGANKAN BEBAN YANG TERPAKSA DITANGGUNG.

Sumber: Berita Harian

+Baca respon pembaca Remy Ishak sayu kenang mereka yang terjejas kerana pandemik di Facebook Oh! Media



Dikuasakan oleh Blogger.