Rakyat Malaysia Banjiri Ucapan Hari Jadi Perdana Menteri Yang Ke-73 Tahun! - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Rakyat Malaysia Banjiri Ucapan Hari Jadi Perdana Menteri Yang Ke-73 Tahun!


Selamat hari jadi kepada Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang ke-73 tahun. Alhamdulillah, terima kasih atas pengorbanan Tan Sri yang dibuat untuk rakyat Malaysia semasa pandemik ini.

Menurut tinjauan Ohmedia di Facebook, rakyat Malaysia mula membanjiri ucapan hari jadi serta mendoakan agar dia diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa dilindungi oleh Allah SWT supaya dapat mentadbir negara ke arah lebih baik.

Selamat hari lahir abah perwira kami. Abah jaga kesihatan ya. Kami sentiasa menyokong bersama. Semoga abah dilindungi dipermudahkan segalanya urusan, dikurniakan kesihatan sihat wala'fiat, dipelihara dalam rahmatNya. Amin Ya Allah. Selamat berpuasa. Selamat hari ulang lahir, Abah. -kata pengguna, Nor Saiyidah Ahmad Damanhuri

Selamat hari jadi TSMY semoga diberi kesihatan yang baik dan dilindungi dari segalanya..Amin. -kata pengguna, Tengku Cnas

Selamat ulang tahun kelahiran buat Tan Sri...semoga Tan Sri dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dipermudahkn segala urusan, diberi kesihatan yang baik supaya dapat terus memimpin negara kearah yang jauh lebih baik dari sekarang ni dan sya doakan supaya Tan Sri sentiasa hidup dalam lindungan Allah SWT...Amin..-kata pengguna, E'one BG


Wah, ramainya sayang Abah! Posting yang menunjukkan Tan Sri berada di Bangunan Sultan Ismail di Kota Iskandar, Iskandar Puteri untuk upacara perasmian pembukaan penggal ketiga persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ke-14 itu telah mendapat 19k likes, 1.5k komen dan 255 shares.

OHMEDIA: SELAMAT HARI JADI ABAH!

Sumber: Facebook

+ Baca respon pembaca sayang Perdana Menteri di Facebook Oh! Media.




Dikuasakan oleh Blogger.