Raja Salman Murah Hati Sumbang 7 Juta Peralatan Perubatan Kepada Malaysia - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Raja Salman Murah Hati Sumbang 7 Juta Peralatan Perubatan Kepada Malaysia


Raja Salman Abdulaziz Al Saud dengan hati yang terbuka telah menghantar lebih 7 juta peralatan perubatan khas buat Malaysia bagi menangani pandemik yang melanda seluruh dunia pada waktu ini.

Sumbangan ini disahkan oleh Menteri Luar, Datuk Seri Hisamuddin Hussein yang mendapat maklumat dari Duta Arab Saudi ke Malysia, Dr Mahmoud Hussein Saeed Qattan yang melakukan perjumpaan di Malaysia hari ini.

Pada ketika ini sebanyak 1 juta pelitup muka dari jenis N95 sudah tiba dan diserahkan kepada Kementerian Kesihatan (KKM) bagi kegunaan barisan hadapan kesihatan. - Katanya.

Berikut adalah senarai barang yang akan disalurkan melalui Pusat Bantuan Kemanusiaan Raja Salman.

- Pelitup muka pembedahan, 5 juta unit.
- Jumpsuit Overalls, 741,840 unit.
- Perisai muka, 300,000 unit.
- Penutup kepala, 200,00 unit.
- Pakaian pelindung, 200,000 unit.
- Penutup atas, 100,000 unit.
- Alat pengudaraan mudah alih, 109 unit.
- Peralatan penudaraan tidak invasif, 80 unit.
- Peralatan ventilator unit rawatan rapi, 80 unit.

Bantuan dari kerajaan Arab Saudi ini sangat bermakna buat negara kita dan ini menunjukkan semangat persaudaraan yang tinggi antara dua buah negara Islam.

Sumber: Berita Harian

+ Baca respon pembaca yang ikuti sumbangan Raja Salman di Facebook Oh! Media.




Dikuasakan oleh Blogger.