Poco F2 Bakal Dilancarkan 12 Mei Ini - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Poco F2 Bakal Dilancarkan 12 Mei Ini


Poco baru saja mengumumkan  bahawa Poco F2 bakal dilancarkan secara rasmi pada minggu hadapan bersamaan 12 Mei 2020di akaun Twitter mereka. Mesti ramai yang menantikan telefon pintar keluaran Poco ini walaupun ia hanya pada spesifikasi pertengahan.


Melalui perkongsian berkenaan, Poco F1 telah dilancarkan pada tahun 2018 yang lepas dan mendapat sambutan yang agak luar biasa, tambah lagi dari peminatnya sendiri. Poco F2 juga bakal mengikut jejak langkah Poco F1 yang dikatakan bakal mendapat sambutan yang baik serta hadir dengan pelbagai ciri menarik pada harga yang berbaloi gais.

Walaubagaimanapun, kita masih belum mengetahui bilakah tarikh pelancaran peranti terbaru Poco ini di Malaysia selepas ianya dilancarkan di seluruh dunia. Mesti ramai yang berharap Poco F2 ini akan dipasarkan seawal mungkin selepas pelancarannya nanti.

Sumber : Poco

+ Baca respon pembaca peminat telefon pintar Poco di Facebook Oh! Media.



Dikuasakan oleh Blogger.