Fidtri Yahya Sedih Lihat Penjaga Mengeluh Jaga Anak OKU - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Fidtri Yahya Sedih Lihat Penjaga Mengeluh Jaga Anak OKU


Sebelum ini ibu bapa sudah meminta pihak kerajaan agar membenarkan pusat penjagaan dibuka berikutan ramai yang perlu kembali bekerja. Tetapi baru-baru ini tersebar pula satu gambar yang menunjukkan komen dari kalangan ibu bapa yang meminta agar kerajaan turut membuka kembali Program Pendidikan Khas Integrasi atau PPKI.

Bagaimanapun, alasan emak dan ayah tak mampu jaga anak-anak oku dekat rumah terlalu lama itu mengundang pelbagai reaksi dari orang ramai. Komen itu diberikan sewaktu live sidang media pihak KKM yang melaporkan tentang situasi Covid-19.

Ramai orang geram dengan sikap ibu bapa seperti ini dan ia turut mengundang reaksi pengacara tv terkenal, Ahmad Fedtri Yahya yang kecewa dengan penjaga yang mendesak.


Fedtri turut berkongsi komen dari salah seorang guru PPKI.

Sampai sekarang saya sebagai pembantu pengurusan murik ppki yang membantu menjaga anak-anak oku di sekolah. Rasa sedih, hancur hati bila ada parents boleh hantar komen macam ni tanpa segan silu. Anak oku dijaga penuh rapi, oenuh kasih sayang, walaupun mereka mengamuk. Yes, kita marah, tapi niat hati demi kasih sayang, lagi pulak zaman penyakit ni, diorang stress tak dapat keluar tengok orang, tak dapat pegi tempat-tempat kebiasaan mereka. Ibu bapa kena sabar dema nyawa mereka. - Tulisnya di ruangan komen.

Bagi kami di Ohmedia, walau susah macam manapun kita menghadapi anak-anak istimewa ini, janganlah dengan bangganya menyatakan kita tidak sanggup menjaga mereka kerana mereka adalah hadiah untuk kita berikan kasih sayang walau apa terjadi. Semoga segala urusan kita dipermudahkan.

+ Baca respon pembaca yang ikuti isu ini di Facebook Oh! Media.



Dikuasakan oleh Blogger.