Pemain Muda Chelsea Ditahan Kerana Langgar Perintah Berkurung - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Pemain Muda Chelsea Ditahan Kerana Langgar Perintah Berkurung


Pihak berkuasa England dikatakan telah menahan penyerang muda berbakat Chelsea, Hudson-Odoi yang sebelum ini dikatakan positif COVID-19. Hal ini disebabkan Hudson-Odoi telah langgar perintah berkurung yang ditetapkan di sana.


Hudson-Odoi telah menjemput seorang model wanita untuk ke kediaman beliau dengan tujuan untuk berseronok. Wanita tersebut tiba di bangunan pada jam 8 malam sebelum salah seorang jiran Hudson-Odoi membuat panggilan kecemasan kepada Polis dan Ambulan di London dan mengatakan ada seorang wanita berada dalam keadaan tidak sihat.


Akhirnya pemain muda England berusia 19 tahun itu ditahan manakala model wanita tersebut dibawa ke hospital untuk tujuan pemeriksaan. Untuk pengetahuan korang, Hudson-Odoi merupakan pemain bintang dalam pembikinan setelah menunjukkan aksi cemerlang ketika bersama pasukan muda Chelsea sehingga diserap ke pasukan utama pada usia 18 tahun.

OHMEDIA : SEMOGA KEJADIAN INI TIDAK MENGHANCURKAN KARIER HUDSON-ODOI KERANA BELIAU MEMPUNYAI POTENSI UNTUK MENJADI PEMAIN YANG HEBAT PADA MASA AKAN DATANG

+ Baca respon pembaca pemain muda Chelsea ditahan kerana langgar perintah berkurung di Facebook Oh! Media
Dikuasakan oleh Blogger.