Pelakon Baru Nak Up Shah Hazvee Didakwa Ajak Isteri Orang Lakukan Hubungan Intim - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Pelakon Baru Nak Up Shah Hazvee Didakwa Ajak Isteri Orang Lakukan Hubungan Intim


Kecoh dekat media sosial sekarang tentang seorang pelakon drama lelaki yang baru jer nak up telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret selepas dikatakan memikat isteri orang dengan mengajak melakukan hubungan seks. Betul ke ni?

Bagaimanapun, pertuduhan ini telahpun dibacakan dihadapan suspek yang dikenali sebagai Muhammad Shah Radhi atau Shah Hazvee dan mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Farah Nasihah Annuar.

Ohmedia pun tak kenal sangat dengan pelakon baru ni, tapi kalau korang perasan dia Shah ada berlakon dalam drama Monalisa dan Hero di TV2.


Mungkin nasib tidak baik dan akhirnya dirinya sendiri terjerat dengan apa yang dilakukan. Jika didapati bersalah, Shah boleh didakwa mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Sekarang, Shah telah dibenarkan diikat jamin sebanyak RM2,300 dengan seorang penjamin dan akan kembali ke Mahkamah pada tarikh yang akan ditetapkan.

OHMEDIA: MACAM-MACAM SEKARANG NI! LAGI-LAGI DENGAN KEMAJUAN TEKNOLOGI. KITA KENA JAGA PERBUALAN KITA JIKA TAKNAK TERKENA NASIB YANG SAMA.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca yang ikuti kisah pelakon ini di Facebook Oh! Media.





Dikuasakan oleh Blogger.