Pelajar Umur 22 Mabuk Pandu Kereta Rempuh Sehingga Maut Pekerja Kurier - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Pelajar Umur 22 Mabuk Pandu Kereta Rempuh Sehingga Maut Pekerja Kurier


Lagi dan lagi kemalangan melibatkan pemandu mabuk! Nampaknya memang ramai yang mementingkan diri tanpa memikirkan apa kesannya kepada kehidupan orang lain.

Memetik laporan Sinar Harian, berlaku satu lagi kemalangan di kilometer 34.2 Lebuh Raya Persekutuan menghala Kuala Lumpur apabila seorang pekerja syarikat kurier dilanggar sehingga maut oleh pemandu mabuk yang merupakan seorang pelajar institut pengajian inggi swasta.

Semasa di lokasi kejadian, sebuah kereta dipandu oleh seorang pelajar institut pengajian tinggi swasta telah hilang kawalan dan melanggar motosikal yang dinaiki mangsa dan rakannya. Ujian kandungan alkohol ke atas pemandu berusia 22 tahun itu mendapati dia memandu di bawah pengaruh alkohol. Kes disiasat mengikut Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Kata Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal.

Kejadian ini berlaku pada jam 6 pagi 29 Mei 2020 dan rakan mangsa yang membonceng turut cedera parah dan kini sedang dirawat di zon merah Pusat Perubatan Universiti Malaya.


Bagi memberikan respon terhadap isu kemalangan melibatkan pemandu mabuk, pihak polis kini sedang giat melakukan Op Alkohol di sekatan jalan raya bagi menangkap individu yang memandu di bawah pengaruh alkohol.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca yang nak hukuman berat dikenakan di Facebook Oh! Media.



Dikuasakan oleh Blogger.