Michael Ang Jual Homemade Kaya Harga Kayangan, Tak Sangka Dapat Lebih 500 Tempahan! - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Michael Ang Jual Homemade Kaya Harga Kayangan, Tak Sangka Dapat Lebih 500 Tempahan!


Penerbit dan pengarah, Michael Ang mengejutkan ramai pihak apabila dia meluahkan kepada pengikut di Instagramnya, @michaelang38 bahawa kewangannya semakin berkurangan disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Jadi, beliau ingin mengikut seperti rakan-rakan artis yang lain.

Video yang berdurasi satu minit itu menunjukkan Michael ingin mengambil tempahan bagi Homemade Kaya yang dibuat sendiri olehnya dengan harga RM39.50 (200ml) jer. Wah! Semakin ramai artis Malaysia buat bisnes secara online untuk menjana pendapatan.

Salam semua. Kita nak buka preorder untuk HOMEMADE KAYA MADE BY MICHAEL ANG! Gitewwwww! Harga Kayangan RM39.50. Memandangkan tak boleh shoot dan duit berkurangan so kena juga ikut jejak @nabilzira @uqashasenrose2 berniaga! Kalau nak sila WhatsApp 019-8120097. Support okay jangan tak suppot! Love you all and stay safe!

Menurut Michael, dia tidak sangka sebanyak 500 orang ingin membuat tempahan untuk Homemade Kaya itu selepas sehari umum kepada pengikutnya walaupun mengenakan harga yang tidak masuk akal.

Salam semua. Thank you banyak-banyak pada yang sudi order KAYA KAYANGAN dari kita. Tak sangka banyak sanggup dan sudi beli. Kita sanggup buat 50 jer dan 50 punya WhatsApp i dah balas i akan tunaikan dan yang 500 lebih lagi WhatsApp i am so sorry ya. Dan yang 50 i balas tu you all kena bayar delivery jer. RM39.50 tu tak payah bayar ya. Thank you so much kepada yang support kita. Sumpah tak sangka banyak ni sanggup beli. Love you so much much you all lah followers paling rock!!!! Love you all again and stay safe.


OHMEDIA: BAIKNYA HATI MICHAEL ANG. SEMOGA DIMURAHKAN REZEKI!

Sumber: Instagram

+ Baca respon pembaca beri pendapat di Facebook Oh! Media.




Dikuasakan oleh Blogger.