12 Restoran McDonalds Yang Ditutup Kerana Pekerja Positif COVID19 Bukan Di Malaysia - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

12 Restoran McDonalds Yang Ditutup Kerana Pekerja Positif COVID19 Bukan Di Malaysia


Bukan berlaku di Malaysia! Semalam tersebar di media sosial mengatakan 12 restoran McDonald telah ditutup selepas mendapati kakitangan mereka positif COVID19. Bagaimanapun, kejadian ini sebenarnya berlaku di McDonalds Victoria Australia selepas seorang pekerja penghantaran mereka didapati positif Covid-19.

Memetik laporan pemberita Xinhua, pekerja lain bernasib baik kerana pemeriksaan menunjukkan keputusan negatif. Bagaimanapun, pihak pengurusah Mekdi di sana tetap mengambil keputusan untuk menutup pengoperasian selama 14 hari.

Sebelum ini, kejadian yang sama turut terjadi di sebuah Mekdi di dalam negeri yang sama dan keadaan dapat dikawal selepas melakukan kerja-kerja pembersihan dan sanitasi.

Buat Malaysia? Diharapkan rakyat dan semua pekerja terus memberi perhatian yang penuh terhadap penjagaan jarak sosial dan kebersihan bagi memastikan wabak ini dapat dihapuskan sepenuhnya.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca yang ikuti perkembangan covid dunia di Facebook Oh! Media.



Dikuasakan oleh Blogger.