Malaysia Berikan Bantuan Perubatan COVID-19 Kepada Palestin - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Malaysia Berikan Bantuan Perubatan COVID-19 Kepada Palestin


Walaupun negara kita sedang sibuk berjuang menghapuskan wabak COVID-19, nasib saudara kita di Palestin tetap tidak dilupakan selepas kerajaan Malaysia meneruskan bantuan peralatan perubatan kepada rakyat Palestin yang sekarang turut ditekan wabak ini.

Bantuan ini disahkan oleh Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang menghantar bantuan itu menggunakan pesawat khas Air Asia.

Sebanyak 1 juta topeng muka an 500,000 unit sarung tangan getah dan banyak lagi bantuan perubatan dihantar terus ke Palestin.

Sebelum ini, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah berhubung dan berbincang dengan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas yang sangat memerlukan bantuan masyarakat dunia.

Sumber: Berita Harian

+ Baca respon pembaca yang ikuti perkembangan wabak di Facebook Oh! Media.



Dikuasakan oleh Blogger.