Makanan Juga Boleh Menjadi Punca Kepada Penyakit Asma - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Makanan Juga Boleh Menjadi Punca Kepada Penyakit Asma


Asma atau lelah adalah penyakit yang boleh menyerang manusia sama ada kanak-kanak, orang muda dan orang tua. Punca Asma berlaku akibat kekejangan otot pada saluran udara di antara hidung dan paru-paru sehingga menyebabkan kita sukar untuk bernafas. Oleh yang demikian, Ohmedia nak kongsi dekat korang makanan yang menjadi punca kepada Asma.


Antaranya minuman yang sejuk dan mengandungi ais. Untuk pengetahuan korang, saluran pernafasan akan menjadi kecil jika kerap minum air sejuk sehingga boleh menyebabkan kita mengalami asma. Selain itu, makanan yang boleh menyebabkan terjadinya asma adalah buah-buahan kering yang mengandungi 'potasium bisulfite' dan 'sodium sulfite'. Kesan dari pemakan ini boleh menyebabkan kita mengalami gangguan di saluran pernafasan.


Seterusnya, jika korang mengalami alahan selepas makan pastikan korang tidak mengambil makanan itu lagi termasuk makanan daripada kekacang, susu, telur dan makanan laut. Hal ini disebabkan makanan ini berisiko dan mampu untuk mewujudkan penyakit asma dalam badan kita. Akhir sekali, makanan lain yang perlu korang jauhkan adalah acar dan jeruk kerana makanan ini mengandungi zat sulfur yang boleh menjadi punca kepada serangan asma.

OHMEDIA : ELAKKAN UNTUK MENGAMBIL MAKANAN YANG BOLEH MENYEBABKAN KITA TERKENA PENYAKIT ASMA

+Baca respon pembaca makanan juga boleh menjadi punca kepada penyakit asma di Facebook Oh! Media
Dikuasakan oleh Blogger.