Lebih 1,248 Kenderaan Diarah Berpatah Balik Cuba Rentas Negeri Pulang Kampung - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Lebih 1,248 Kenderaan Diarah Berpatah Balik Cuba Rentas Negeri Pulang Kampung


Sudah beri peha, nak betis! Rasanya pepatah ni amat sesuai untuk mereka yang pentingkan diri yang mengambil peluang PKPB ini untuk pulan ke kampung halaman.

Ini berdasarkan rekod yang diumumkan oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebentar tadi yang mengatakan sebanyak 1,248 kenderaan telah diarah untuk patah balik selepas mendapati mereka cuba untuk merentas negeri dengan alasan pulang ke kampung.

Lebih sekali ganda rakyat curi-curi pulang ke kampung dengan pelbagai alasan. Untuk semalam sahaja, sebanyak 1,248 kenderaan yang cuba merentas negeri untuk balik ke kampung telah diarahkan berpatah balik. Tak perlulah cuba untuk balik ke kampung setelah bersiap sedia daripada lepas sahur nak balik kampung bawa anak isteri dan - Katanya.

Sabri turut mengatakan bahawa mereka yang diarahkan untuk berpatah balik bernasib baik kerana polis tidak mengenakan denda kompaun RM1,000 dan masih memberi peluang.

Tolonglah jangan bersikap pentingkan diri kawan-kawan. Bersabarlah sedikita sahaja lagi kerana ini untuk kebaikan diri dan keluarga kita juga.
#KitaJagaKita

Sumber: Bernama

+ Baca respon pembaca yang geram dengan mereka pentingkan diri di Facebook Oh! Media.



Dikuasakan oleh Blogger.