Lagi Kes Pemandu Mabuk, Kali Ini Nyaris Rempuh Sekatan Polis - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Lagi Kes Pemandu Mabuk, Kali Ini Nyaris Rempuh Sekatan Polis


Belum reda isu pemandu mabuk di Kuantan Pahang, kali ini satu kes lagi membabitkan pemandu mabuk di Alor Setar Kedah. Mengikut apa yang dilaporkan oleh Berita Harian, pemandu mabuk berkenaan dikatakan hampir merempuh sekatan pemeriksaan polis di Kilometer 40.8 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS).


Kejadian berkenaan dilaporkan berlaku pada jam 11.30 malam membabitkan kereta Proton Saga FLX dipandu oleh seorang lelaki berumur 58 tahun. Kenderaan yang dipandu dikatakan terbabas sebelum melanggar tali penghadang di tengah lebuh raya berhampiran dengan Plaza Tol Hutan Kampung.

Hasil pemeriksaan ujian Screening Device II mendapati positif dengan paras alhkohol pada 167/Mg/100ML manakala ujian pernafasan pula, Evidential Breath Analyzer (EBA) II mendapati suspek positif dengan bacaan 114MG/100ML. Sebelum ini turut dilaporkan kes kemalangan pemandu mabuk sehingga menyebabkan kematian apda awal tahun ini.


OHMEDIA: DIHARAPKAN KERAJAAN BERTEGAS DALAM ISU PEMANDU MABUK INI. KES KEMALANGAN MENYEBABKAN KEMATIAN OLEH KECUAIAN PEMANDU MABUK BUKAN BENDA BARU BERLAKU.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca pemandu mabuk nyaris remouh sekatan polis di Facebook Oh! Media
Dikuasakan oleh Blogger.