Kelonggaran Rentas Negeri Bukan Untuk Sambut Raya - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Kelonggaran Rentas Negeri Bukan Untuk Sambut Raya


Mengambil intipati dari sidang media Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa tujuan rentas negeri hanya dibenarkan bagi tujuan bekerja dan pulang semula ke rumah sendiri selepas terkandas di kampung atau di tempat lain.

Sebarang aktiviti rentas negeri untuk menyambut raya tidak dibenarkan sama sekali. Jelas beliau lagi, bukan itu sahaja malahan segala aktiviti yang melibatkan perhimpunan adalah dilarang sama sekali, termasuklah solat Jumaat dan kenduri-kendara.

Perlu diingat, kelonggaran ini diberikan adalah untuk mengurangkan tekanan ekonomi bukan sahaja bagi pihak kerajaan, bahkan untuk rakyat Malaysia seluruhnya selepas mengambil kira mereka yang terjejas, iaitu terputus punca pendapatan akibat perlaksanaan PKP.

center>
OHMEDIA: MESKIPUN PKP SUDAH TIADA NANTI, KITA RAKYAT MALAYSIA PERLULAH TERUS MENGAMALKAN LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN JANGKITAN WABAK SEPERTI SOCIAL DISTANCING DAN KERAP MEMBASUH TANGAN.

Sumber: Berita Harian

+ Baca respon pembaca kelonggaran rentas negeri bukan untuk sambut raya di Facebook Oh! Media
Dikuasakan oleh Blogger.