Jamal Abdillah Bakal Dapat Cahaya Mata Lagi - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Jamal Abdillah Bakal Dapat Cahaya Mata Lagi


Siapa jer yang tak kenal dengan penyanyi lagenda Malaysia, Datuk Jamal Abdillah betul tak? Kini usianya sudah 61 tahun dan tidak lama lagi bakal dikurniakan cahaya mata kedua bersama isterinya, Datin Zai Izzati Khiruddin. Tahun lepas, pasangan itu telah dikurniakan anak pertama mereka iaitu Nur Azura Yamani yang kini sudah berusia 7 bulan.

Comelnya Azura Yamani

Menusi laporan Harian Metro, perkara itu dikongsi oleh Jamal sendiri melalui whatsapp kepada pihak mereka dan mengatakan dia bakal dikurniakan cahaya mata yang kedua dan kandungan isterinya itu sudah 10 minggu usianya. Pengesahan ini diterima beberapa hari lalu selepas isterinya mengalami alahan dan tidak datang bulan sebelum membuat pemeriksaan doktor dan melakukan ujian imbasan.

Hasil perkahwinannya yang sebelum ini, Jamal mempunyai dua orang anak lelaki iaitu Osama Yamani yang berusia 18 tahun dan Ahmad Zaki Yamani, kini berusia 13 tahun. Kemudian Jamal melangsungkan pernikahan dengan Zai Izzati pada tahun 2017. Apapun, Tahniah diucapkan kepada Datuk Jamal bersama Datin Zai dan semoga kandungan itu sihat sentiasa.

Sumber : Harian Metro

+ Baca respon pembaca Jamal Abdillah bakal dapat cahaya mata lagi di Facebook Oh! Media.



Dikuasakan oleh Blogger.