Gabungan Persatuan Pendandan Rambut Rayu Beroperasi Semula - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Gabungan Persatuan Pendandan Rambut Rayu Beroperasi Semula


Selain sektor hiburan seperti panggung wayang yang tidak dibenarkan beroperasi, sektor perkhidmatan seperti gunting, salun dandanan dan kecantikan juga tidak dibenarkan beroperasi seperti biasa semasa PKPB. Ini kerana pemantuan operasi dan tahap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) premis serta pendaftaran perniagaan yang belum selesai.

Sumber gambar dari MalayMail
Wakil Gabungan Pendandan Rambut Malaysia mendakwa telah menjalankan beberapa pertemuan dengan pihak berkuasa termasuklah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan (MKN), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan juga Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Sumber gambar dari FreeMalaysiaToday
Wakil berkenaan turut menjelaskan pihaknya juga sudah memberikan cadangan prosedur operasi standard (SOP) yang hampir 99 peratus menepati SOP yang digariskan oleh kerajaan. Memetik sumber dari Berita Harian, kerajaan masih belum memutuskan untuk membenarkan perkhidmaan gunting, dandanan dan salun kecantikan untuk beroperasi meskipun kebanyakkan sektor ekonomi lain sudah dibuka.

OHMEDIA: DIHARAP KERAJAAN MEMPERTIMBANG UNTUK MEMBERI KEBENARAN MEMBUKA SEMULA PERKHIDMATAN INI DENGAN SYARAT MESTILAH MEMATUHI SOP YANG TELAH DIGARISKAN.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca gabungan persatuan pendandan rambut rayu beroperasi semula di Facebook Oh! Media



Dikuasakan oleh Blogger.