Fizi Kesal & Akan Tampil Buat Permohonan Maaf Secara Terbuka - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Fizi Kesal & Akan Tampil Buat Permohonan Maaf Secara Terbuka


Sampai ke hari ini nama Fizi masih tranding dan menjadi sebutan, terutamanya orang Indonesia selepas tersebar kontroversi Fizi menggunakan ayat yang menyentuh hati anak yatim piatu seperti Upin & Ipin.


Disebabkan mendapat desakan dari banyak pihak, penerbit Upin & Ipin akan memastikan Fizi membuat permohonan maaf secara terbuka di dalam satu video kepada semua peminat.

Aduhai, watak Fizi ni macam betul-betul wujud dalam dunia nyata pula ya? Haha! Apa-apapun ini merupakan satu petanda yang baik buat industri animasi Malaysia apabila ia sudah berjaya menarik hati penonton dari segenap negara.

Untuk pengetahuan korang, setiap siri Upin & Ipin sudah mendapat permintaan yang tetap dari saluran MNCTV, Indonesia selepas ia berjaya menarik jumlah penonton kanak-kanak mahupun dewasa yang ramai.

Berbalik kepada isu watak Fizi ni, berikut merupakan respon dari Pengarah Urusan Les' Copaque.

Disebabkan watak Fizi yang mencetuskan kemarahan dalam kalangan penonton dan peminat siri animasi ini, dia sendiri yang akan kita tampilkan membuat permohonan maaf. Semua urusan berhubung penyiaran permohonan maaf itu kita kena berurusan dengan stesen televisyen (TV) terbabit. Diharapkan apabila permohonan maaf itu disiarkan, mereka (netizen) akan kembali 'sejuk'... Insya-Allah. - Kata Burhanuddin Md Radzi kepada Berita Harian.

Jadi korang terimalah permohonan maaf Fizi nanti dan semoga Fizi dapat jadikan ini sebagai pengajaran ya adik.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca yang minat dengan animasi Upin & Ipin di Facebook Oh! Media.



Dikuasakan oleh Blogger.