Dr Zulkifli Harap Liverpool Dinobatkan Sebagai Juara Buat Musim Ini & Musim Hadapan - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Dr Zulkifli Harap Liverpool Dinobatkan Sebagai Juara Buat Musim Ini & Musim Hadapan


Senyum lebar penyokong Liverpool semalam bila Datuk Seri Zulkifli Mohamad mengatakan 'Tahun depan kita angkat lagi, Insya-Allah'.

Walaupun sibuk dengan tugasannya sebagai seorang Menteri Hal Ehwal Agama, ia tidak menjadi penghalang untuk Dr Zulkifli untuk tetap menunjukkan sokongan ke atas pasukan bolas sepak antarabangsa kegemarannya iaitu pasukan Liverpool.

Kata-kata harapan kemenangan buat pasukan Liverpool itu dinyatakannya apabila ditanya oleh pengacara dan penceramah motivasi, Amin Idris dalam temubualnya bersama Dr Zulkifli.

Memandangkan Datuk dah pakai baju Liverpool, agak-agak Liverpool tahun ini boleh genggam tak piala memandangkan dah boleh sabar 30 tahun? Sabarlah setahun lagi. Agak-agak boleh tak? - Soal Amin.

Ini jawab Dr Zulkifli dengan penuh yakin!

Kita harap kita boleh tahun ini juga (Liverpool menang EPL). Tahun depan kita angkat lagi. Insya Allah. - Katanya.

Ohmedia yakin yang kemenangan ini pasti diharapkan oleh semua penyokong Liverpool apabila pasukan masih menantikan pengesahan kejuaran untuk kali pertama buat musim ini yang terpaksa ditangguhkan berikutan pandemik yang melanda.

+ Baca respon pembaca yang di Facebook Oh! Media.



Dikuasakan oleh Blogger.