Bunkface Cipta Lagu Tolong & Tunjukkan Semangat Rakyat Malaysia Semasa Kuarantin - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Bunkface Cipta Lagu Tolong & Tunjukkan Semangat Rakyat Malaysia Semasa Kuarantin


Sesuai dengan isu wabak yang dihadapi negara dan seluruh dunia pada ketika ini, kumpulan Bunkface sekali lagi keluarkan lagu yang berjaya menarik perhatian netizen.

Lagu yang berjudul Tolong itu memberi fokus kepada keadaan dunia yang sedang memerangi wabak pandemik Covid-19 dan meletakkan rakaman video dari kebanyakan rakyat Malaysia yang melalui hari-hari kuarantin di rumah

Kami berharap lagu ini dapat memberi sedikit sebanyak sokongan moral kepada rakyat seluruh Malaysia, kami sedar dalam keadaan yang agak terbataas sekarang ini. Hampir tiada sesiapa pun yang tidak terjejas sama ada dari segi zahir atau pun batin. Percayalah, penyatuan kita sebagai satu komuniti manusia akan mampu menangani apa jua masalah. - Jelas Bunkface.

Bunkface turut memberi penghargaan kepada semua frontliner yang tegus berada di barisan hadapan kepada pihak KKM, PDRM, ATM, Institusi Kewangan, Industri Pemakanan dan Penghantaran yang banyak berkorban sepanjang tempoh PKP.

Korang belum dengar? Pergi layan lagu Tolong dekat bawah ni sekarang!


+ Baca respon pembaca yang dengar lagu BUnkface Tolong di Facebook Oh! Media.



Dikuasakan oleh Blogger.