Bekas Isteri Da'i Farhan Jelaskan Tidak Letak Apa-Apa Syarat Untuk Rujuk Kembali Seperti Didakwa! - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Bekas Isteri Da'i Farhan Jelaskan Tidak Letak Apa-Apa Syarat Untuk Rujuk Kembali Seperti Didakwa!


Sebelum ini Ohmedia ada naikkan artikel yang mengejutkan ramai orang apabila mengetahui berita penceraian diantara Da'i Farhan dan Dr Erin sejak 27 April yang lepas.


Bagaimanapun, bekas isteri pertama Farhan iaitu Fatin Nurul Ain itu terpanggil untuk menerangkan apa yang berlaku bagi mengelakkan berlakunya salah faham dan fitnah.

Assalamualaikuk wbt. Sekadar makluman bagi mengelakkan ada sebarang silap faham. Tiada apa-apa perbincangan berkenaan hal rujuk kembali antara saya dengan bekas suami. Selepas dari berpisah, saya sepenuhnya menggunakan ahli keluarga saya sebagai orang tengah, sekiranya ada apa-apa perhubungan atau perbincangan yang ingin bekas suami lakukan bukannya terus dengan saya.

Pendirian ahli keluarga saya itulah pendirian saya. Ahli keluarga saya masih berpendirian untuk saya istiqamah dengan kehidupan sekarang kerana ahli keluarga sentiasa menyokong dan membantu saya dan anak-anak. Ahli keluarga saya tidak pernah meletakkan apa-apa syarat untuk rujuk kembali kerana ahli keluarga teguh dengan pendirian biarlah saya dan anak-anak hidup bersama ahli keluarga.

Semoga dengan makluman ini, saya berharap agar segala silap faham dapat dielakkan. Dan di bulan yang mulia ini, ayuh sama-sama kita fokus pada amal ibadah dan mengejar keredhaan Allah serta mudah-mudahan kita menjadi hambanya yang bertaqwa.
- Jelasnya.

Sebelum ini, ada dakwaan yang Ain meletakkan syarat untuk Farhan menceraikan isteri barunya Dr Erin jika ingin kembali bersamanya dan anak-anak. Tetapi penjelasan Ain ini dipadamnya selepas beberapa minit disiarkan di Facebooknya.

Bagi Ohmedia, perkara ini tidak perlulah diumumkan secara umum dan selesaikanlah ia dengan baik tanpa sebarang persengketaan. Orang ramai akan tetap memerhati kita kerana anda mempunyai nama. Jadi, jagalah kelakuan dan segala tindak tanduk yang dilakukan sebagai contoh kepada masyarakat.

Sumber: Facebook Fnama Fatin

+ Baca respon pembaca yang ikuti kisah Da'i Farhan di Facebook Oh! Media.



Dikuasakan oleh Blogger.