Beberapa Pemain Liga Perdana Inggeris Disahkan Positif Covid-19 - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Beberapa Pemain Liga Perdana Inggeris Disahkan Positif Covid-19


Saingan bola sepak Liga Perdana Inggeris akan bersambung tidak lama lagi. Justeru itu, ujian saringan Covid-19 telah dilakukan kepada 1,008 pemain dan staf kejurulatihan setiap kelab yang beraksi di liga tersebut.


Keputusan ujian yang dilakukan pada hari isnin dan selasa menyaksikan 4 orang telah positif virus tersebut. Antaranya pemain Watford Adrian Mariappa dan pembantu jurulatih Burnley Ian Woan. Sebelum ini, seorang pemain AFC Bournemouth dikatakan positif Covid-19 namun nama pemain tersebut dirahsiakan.


Untuk pengetahuan korang, sebanyak 2,572 saringan Covid-19 telah dijalankan kepada mereka yang terlibat dalam saingan Liga Perdana Inggeris dan hasilnya 12 orang disahkan positif. Persatuan Bola Sepak England pasti telah giat melakukan langkah-langkah terbaik untuk memastikan kesemua pemain berada dalam keaadan sihat sebelum kembali menjalani latihan.

OHMEDIA: SEMOGA KESEMUA PEMAIN BERADA DALAM KEADAAN SIHAT SEBELUM LIGA BERSAMBUNG NANTI

+ Baca respon pembaca beberapa pemain Liga Perdana Inggeris disahkan positif Covid-19 di Facebook Oh! Media




Dikuasakan oleh Blogger.