Boleh Cuba Amalkan 5 Jenis Makanan Ini Untuk Dapatkan Rambut Yang Benar-Benar Sihat - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Boleh Cuba Amalkan 5 Jenis Makanan Ini Untuk Dapatkan Rambut Yang Benar-Benar Sihat



Ramai kaum lelaki akan merungut jka mengalamai masalah keguguran rambut sehingga rambut
menjadi botak tengah. Namun ada juga yang berpendapat bahawa masalah keguguran rambut disebabkan hormon yang tidak stabil, produk kosmetik dan penyakit yang dialami seperti kencing manis, hipotiroid dan systemic lupus erythematosus. Oleh yang demikian, Ohmedia nak kongsi dekat korang 5 makanan yang boleh menjaga rambut

Telur



Pasti ramai yang menyimpan telur di rumah dan mengambilnya sebagai rutian harian. Untuk pengetahuan korang, Telur mengandungi protein yang baik untuk tubuh badan manakala kuning telur mempunyai vitamin, mineral dan antioksida yang dapat mencegah dari keguguran rambut dan membuat rambut menjadi sihat.

Brokoli


Sayur Brokoli mempunyai banyak manfaat untuk rambut kerana ia mengandungi vitamin A,C dan B6 yang boleh membuatkan rambut menjadi lebih kuat. Selain itu, brokoli juga mempunyai kalsium yang boleh menguatkan folikel rambut.

Ikan Salmon


Harga ikan salmon memang sedikit mahal berbanding ikan yang lain. Namun kelebihan yang terdapat pada ikan salmon dapat membantu rambut dari menjadi kering, gugur dan mempunyai kelimumur, Hal ini disebabkan ikan salmon mengandungi protein, omega-3, vitamin B12 dan zat besi yang akan melindungi rambut dengan baik.

Daging Ayam


Daging ayam mengandungi zat besi dan vitamin B yang boleh menguatkan akar rabut supaya ianya tidak mudah gugur. Dalam masa sama, protein yang ada pada daging ayam juga dapat membantu rambut dari mengalami kerosakan.

Tiram


Jika korang ada masa lapang, pergi dapatkan tiram kerana ia memiliki kandungan zink yang dapat membantu rambut supaya tumbuh dengan lebih cepat dan mengelakkan rambut dari menjadi kering.

OHMEDIA : SEMOGA DENGAN PENGAMBILAN 5 JENIS MAKANAN INI DAPAT MEMBANTU RAMBUT MENJADI LEBIH SIHAT DAN TIDAK GUGUR

+ Baca respon pembaca 5 jenis makanan yang menjadikan rambut lebih sihat di Facebook Oh! Media
Dikuasakan oleh Blogger.