Lalu & Ambil! Zul Yahya Berikan Lauk Percuma Kepada Mereka Yang Memerlukan Sepanjang PKP - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Lalu & Ambil! Zul Yahya Berikan Lauk Percuma Kepada Mereka Yang Memerlukan Sepanjang PKP


Pelakon terkenal Zul Yahya nampaknya tidak menghiraukan apa yang berlaku kepada kebanyakan artis junior pada ketika ini dan mengambil inisiatif untuk menyediakan pelbagai jenis lauk secara percuma bagi meringankan beban mereka yang memerlukan.

Memang ramai rakyat Malaysia kini terpaksa mengikat perut apabila hilang sumber pencarian dan kaedah ini digunakan Zul Yahya yang dilakukan di hadapan restorannya. Lauk percuma ini juga disediakannya setiap hari sehingga PKP ini tamat dan orang ramai yang memerlukan hanya perlu lalu dan ambil sahaja.


Zul Yahya sebelum ini juga terpaksa akur dengan arahan pihak berkuasa yang hanya dibenarkan untuk membuat penghantaran dan pembungkusan makanan sahaja sepanjang tempoh PKP. Bagaimanapun, buat masa ini Zul menghentikan penghantaran makanan dan memberi fokus untuk menyediakan satu lauk setiap hari untuk mereka yang memerlukan.


+ Baca respon pembaca dengan sumbangan dilakukan Zul Yahya di Facebook Oh! Media.

Dikuasakan oleh Blogger.