Zizi Kirana Teruskan Bertudung Di Bulan Ramadan Walaupun Dikecam Netizen - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Zizi Kirana Teruskan Bertudung Di Bulan Ramadan Walaupun Dikecam Netizen


Siapa jer tak kenal penyanyi jelita, Zizi Kirana yang selalu tampil dengan imej seksinya? Kalau korang nak tahu, dari tahun lepas lagi dia mula memakai tudung bagi menghormati bulan mulia ini.

Walaubagaimanapun, dia masih menerima mesej yang berbaur kecaman daripada netizen yang rasa kurang senang apabila melihat tindakannya itu kerana pada tahun ini juga, Zizi masih meneruskan dengan imej bertudung di bulan Ramadan.

Alhamdulillah, bulan puasa tahun ini saya masih mengekalkan imej bertudung, sama seperti tahun lepas. Jadi sepanjang bulan ini, jika muncul di media sosial atau perlu keluar rumah, saya akan mengenakan tudung. Tapi yang sedih tu, masih ada netizen yang maki-maki dan tak bersetuju saya bertudung hanya di bulan puasa sahaja...biarlah mereka nak cakap apa pun, saya biarkan sahaja komen macam tu sebab tak mahu berpanjangan. Doakan sahajalah yang baik-baik, jangan kecam-kecam tambah dosa di bulan Ramadan ni...manalah tahu nanti saya akan teruskan bertudung. Sejak PKP berkuatkuasa, saya hanya terperap di rumah sendirian, baru sekali sahaja saya keluar beli barang dapur...sekarang ini setiap hari saya akan video call dengan keluarga di Sabar semasa berbuka atau bersahur. Walaupun kami jauh tapi rasa dekat, sebelum ini saya akui agak sibuk sampai tak sempat nak telefon keluarga, tapi sekarang ni setiap hari kami berhubung. Memandangkan Ramadan tahun ini hanya duduk di rumah, dapatlah solat tarawih setiap hari. Bermula PKP fasa kedua, saya ambil masa curi-curi masa Al-Quran. Alhamdulillah banyak hikmah kena berkurung di rumah ini.

Tak apalah, Zizi. Awak buat tak tahu jer dengan kata-kata netizen tu. Kita doa yang baik-baik ya gais supaya satu hari nanti Zizi buka hati untuk meneruskan dengan imej bertudung sepenuhnya. InsyaAllah, Amin.

OHMEDIA: LAWA BETUL ZIZI KIRANA BILA PAKAI TUDUNG. NAMPAK LAGI MUDA!

Sumber: mStar

+ Baca respon pembaca suka tengok Zizi bertudung di Facebook Oh! Media.





Dikuasakan oleh Blogger.