Wak Doyok Dipanggil Beri Keterangan, Tampil Mohon Maaf Kepada Kerabat Diraja Johor - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Wak Doyok Dipanggil Beri Keterangan, Tampil Mohon Maaf Kepada Kerabat Diraja Johor


Wak Doyok, seorang personaliti fesyen dan juga seorang pelakon dipanggil oleh pihak polis untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri hari ini. Menurut info dari Harian Metro, dia dipanggil susulan membeli dan menggunakan cincin berukiran lambang peribadi Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Menurut Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, tindakan Wak Doyok berkenaan menyebabkan dia disiasat mengikut Seksyen 3(1)(c) Enakmen Lambang, Gelaran, dan Anugerah (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) Johor 2017.


Wak Doyok dikatakan membeli cincin berkenaan sudah lama, dua tahun lepas secara dalam talian dari sebuah syarikat di Indonesia. Namun kerajaan Negeri Johor telah membuat laporan polis Selasa lalu mengikut enakman kerajaan negeri.

Bagaimanapun Wak Doyok telah tampil memohon maaf dengn membuat pengakuan berkenaan di akaun Instagram miliknya setelah ditegur oleh Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Tunku Iskandar dan meminta penjelasan dari Wak Doyok mengenai cincin berkenaan.



A post shared by Wak Doyok (@wakdoyok) on

Dengan kesalahan ini, Wak Doyok berdepan hukuman denda tidak kurang daripada RM250,000 aau tidak leboh RM500,000 atau penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih lima tahun jika disabit kesalahan.

OHMEDIA: LAMBANG PERIBADI SULTAN TU. BENDA-BENDA MACAM JANGAN BUAT MAIN, SEBAB SETIAP LAMBANG DAN DARJAH KEBESARAN TERTAKLUK KEPADA UNDANG-UNDANG DAN ENAKMEN KERAJAAN NEGERI.

Sumber: Metro Online

+ Baca respon pembaca Wak Doyok dipanggil beri keterangan, tampil mohon maaf kepada Kerabat Diraja Johor di Facebook Oh! Media



Dikuasakan oleh Blogger.