(Video) Individu Bangga Tipu Polis & Bawa Keluarga Balik KL Sudah Dikenalpasti Polis - Menteri Pertahanan - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

(Video) Individu Bangga Tipu Polis & Bawa Keluarga Balik KL Sudah Dikenalpasti Polis - Menteri Pertahanan


Akibat berbangga dengan kesalah yang kita sendiri lakukan. Inilah yang berlaku dengan dunia sekarang apabila suka berkongsi kesalahan yang kita lakukan yang dilihatnya baik dan mengecam orang yang berkongsi kebaikan.

Semalam viral di media sosia 1 keluarga yang berbangga berjaya lepas kawalan pihak berkuasa untuk pulang ke Kuala Lumpur dari kampung mereka.

Terbaru, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebentar tadi dalam sidang media telah memaklumkan yang pihak polis sudah mengenal pasti individu yang melanggar PKP dan berkongsi pula tips kepada orang ramai bagaimana cara untuk memperdaya pihak polis.

Semalam tular di media sosial seorang lelaki dan keluarga menunjukkan mereka balik ke Kuala Lumpur dan memberi tips kepada orang ramai untuk menipu polis. Jangan berbangga apabila melakukan kesalahan dan mempengaruhi orang lain supaya mengikut tindak-tanduk mereka untuk melakukan kesalahan. Pihak polis telah mengenalpasti mereka dan tindakan akan diambil ke atas mereka. Tiada sesiapa pun akan terlepas dari tindakan polis dan undang-undang jika melakukan kesalahan. Lebih-lebih lagi mereka telah mengakui mereka telahpun ingkar terhadap peraturan PKP ini. - Katanya.

Bila tindakan diambil, gelabah pula nak kata itu sekadar gurauan dan bla bla bla! Harap apa yang berlaku ini menjadi pengajaran buat kita semua. Ikuti lintas langsung bersama Menteri Pertahanan dan pergi minit ke-12 untuk mengikuti penjelasan isu ini.


Sumber: RTM

+ Baca respon pembaca yang geram dengan orang macam ni di Facebook Oh! Media.


Dikuasakan oleh Blogger.