Uqasha Senrose Lakukan Ujian COVID-19 Selepas Demam Panas - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Uqasha Senrose Lakukan Ujian COVID-19 Selepas Demam Panas


Jika sebelum ini pelakon wanita Ummi Nazeera telah berkongsi satu video menunjukkan dirinya pergi lakukan ujian COVID-19 pandu lalu, kini pelakon wanita yang cukup terkenal dengan kecantikannya, Uqasha Senrose turut tak ketinggalan untuk pergi secara sukarela untuk melakukan ujian COVID-19 di pusat perubatan swasta di Petaling Jaya.

Tapi lain pula puncanya kerana selama beberapa hari ini Uqasha dikatakan telah mengalami demam panas mencecah 40 darjah dan ini menimbulkan rasa bimbang untuk mengetahui keputusan ujian.

Saya buat ujian saringan itu semalam bukanlah kerana saya ada hubungan dengan individu dijangkiti. Saya lakukannya kerana bimbang dengan kesihatan insan sekeliling. “Saya tinggal bersama keluarga. Di rumah ada emak, abah dan anak saudara. Saya tak mahu hanya kerana sifat pentingkan diri, kesihatan mereka terancam. Walaupun saya sudah berjumpa doktor dan mengesahkan saya demam biasa, tetapi sebagai langkah berjaga-jaga, saya jalani ujian saringan COVID-19. Saya buat pemeriksaan di sebuah hospital di Kota Damansara dengan menggunakan kaedah pandu lalu. Tak dinafikan memang saya risau. Siapa yang tak takutkan? Keputusan ujian hanya diketahui selepas tiga atau empat hari. - Kata Uqasha kepada Berita Harian.

Uqasha masih menanti hasil ujian dan berharap agar peminatnya untuk mendoakan kesihatannya. Berikut merupakan perkongsian Uqasha di Instagramnya.


Sumber: Uqashasenrose | Berita Harian

+ Baca respon pembaca yang minat dengan Uqasha Senrose di Facebook Oh! Media.

Dikuasakan oleh Blogger.