UPSR Dan PT3 Dibatalkan Tahun Ini Kata Menteri Pendidikan - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

UPSR Dan PT3 Dibatalkan Tahun Ini Kata Menteri Pendidikan


Hari ini melalui sidang media khas, Menteri Kanan (Pendidikan)  Dr Mohd Radzi Md Jidin mengumumkan bahawa Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dibatalkan tahun ini. Beliau menjelaskan bahawa pembatalan berkenaan tidak akan menjejaskan penilaian terhadap tahap penguasaan murid.

Turut menjelaskan, satu kaedah akan dirangka yang tidak tertumpu pada prestasi akademik semata-mata bagi kemasukan ke sekolah berasrama penuh (SBP), Sekolah Menengah Agama (SMKA), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Maktab Tentera Diraja(MTD. Tambah beliau lagi, kaedah untuk kemasukan sekolah SBP dan sekolah teknik turut dirangka bagi pelajar PT3.




OHMEDIA: SEMOGA KAEDAH BERKENAAN DAPAT MENYELESAIKAN MASALAH YANG TIMBUL.

Sumber: Berita Harian

+ Baca respon pembaca SPM tunda, UPSR dan PT3 dibatalkan tahun ini di Facebook Oh! Media
Dikuasakan oleh Blogger.