Cabar Netizen Dengan 1 Juta Komen, Akhirnya Lelaki Ini Terpaksa Tunaikan Janji - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Cabar Netizen Dengan 1 Juta Komen, Akhirnya Lelaki Ini Terpaksa Tunaikan Janji


Semalam, seorang pemuda memuatnaik satu posting di Facebook miliknya dan mengatakan yang dia akan menggunting rambut dengan gaya botak di tengah seperti pulau sekiranya mendapat satu juta komen pada posting tersebut. Mohammad Rafiezulanwar Jaffri juga beranggapan yang mustahil posting itu untuk mencecah sehingga satu juta komen.


Ternyata anggapannya sama sekali tidak benar dan dalam masa beberapa jam, posting itu telah mencapai jumlah komen yang diminta. Ternyata rakyat Malaysia memang sukakan cabaran sebegini. Ohmedia sendiri pun tak sangka yang posting itu betul-betul mencapai satu juta komen.


Selepas menyedari yang posting itu telah mencapai 1 juta komen, Rafiezulanwar membuat satu lagi posting dan telah membotakkan kepalanya. Ohmedia salute gila dengan dia sebab betul-betul tunaikan janji walaupun terpaksa botakkan kepalanya sebegitu. Dia juga akan mengayakan rambut tersebut dalam masa beberapa hari diatas permintaan netizen.

Sumber : Facebook Mohammad Rafiezulanwar Jaffri

+ Baca respon pembaca lelaki ini terpaksa botakkan kepala di Facebook Oh! Media.



Dikuasakan oleh Blogger.