Tak Sangka Solat Tarawih Di Rumah Mudah. Cukup Dengan Hanya Tahu Baca Al-Fatihah - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Tak Sangka Solat Tarawih Di Rumah Mudah. Cukup Dengan Hanya Tahu Baca Al-Fatihah


Macam mana dengan malam kedua solat sunat tarawih bersama keluarga tercinta di rumah malam ni? Buat mereka yang sudah selesai melakukannya, ucap syukur kepadaNya dan buat mereka yang masih belum memulakannya. Masih belum terlambat kerana agak rugi sekiranya kita tidak menggunakan peluang ini untub beribadah kepadaNya.

Tapi, Ohmedia faham yang mungkin ada diantara kita yang kurang jelas bagaimana hendak mengerjakan solat sunat tarawih ini di rumah kerana selama ini hanya mengikuti imam di surau ataupun masjid. Jadi, ini merupakan tips yang dikongsikan Dr.Hadi tentang cara solat tarawih di rumah bersama keluarga.

1. Kita perlu mengetahui dengan jelas hukum menunaikan solat tarawih. Solat tarawih hukumnya sunat mu’akad, iaitu amalan sunat yang amat dituntut.

2. Solat tarawih boleh dilaksanakan secara berjemaah atau bersendirian. Berjemaah adalah lebih afdal. Namun jika menghadapi kesempitan untuk melaksanakannya secara berjemaah maka dibolehkan melaksanakannya secara bersendirian.

3. Solat tarawih boleh dilaksanakan dalam jumlah lapan atau dua puluh rakaat diikuti dengan solat sunat witir. Pada umumnya masyarakat Islam di Malaysia mendirikan solat tarawih sebanyak 20 rakaat tetapi ada juga yang hanya menunaikan sekadar 8 rakaat. Terpulang kepada masing-masing untuk menunaikan ibadah ini mengikut kemampuan dan keikhlasan diri sendiri terhadap Pencipta.

4. Solat tarawih dilakukan dengan 2 rakaat 2 rakaat sehingga 8 rakaat atau 20 rakaat. Ini berdasarkan hadis nabi Sabda Rasulullah: Solat malam ialah dua rakaat, dua rakaat. - [HR Bukhari 936].

5. Niat bagi solat sunat tarawih di hati sewaktu takbiratul Ihram dengan niatnya berbunyi seperti ini: Sahaja aku solat sunat tarawih 2 rakaat imam/makmum kerana Allah.

6. Bacaan pada setiap rakaat. Pada setiap rakaat wajib membaca Surah Al-Fatihah ini kerana tanpa membaca Surah Al-Fatihah maka kita telah meninggalkan rukun dan bagi mereka yang meninggalkan rukun maka solatnya tidak sah. Selepas membaca Surah Al-Fatihah kita boleh membaca apa sahaja surah hafalan yang mudah bagi kita sama ada yang pendek mahupun panjang.

7. Ketika selesai daripada mengerjakan 2 rakaat solat tarawih yang pertama maka bolehlah berzikir seperti kebiasaan bagi mereka yang mampu ataupun bagi mereka yang tidak mampu dek kerana tidak menghafal atau tidak mengetahui bacaannya maka boleh sahaja berdoa atau berzikir dengan apa yang mereka tahu. Ini kerana bacaan-bacaan zikir itu bukanlah satu kewajiban yang harus dilakukan dan ia tidak memberi sebarang kesan terhadap ibadah terawih yang kita lakukan.

8. Selepas selesai mengerjakan solat sunah tarawih sama ada 8 rakaat atau 20 rakaat maka kita bolehlah pilih sama ada mahu terus melakukan solat sunat witir atau dilakukan pada 2/3 malam nanti. Lafaz niat solat witir dihati ialah: Sahaja aku solat sunat witir satu rakaat imam/makmum kerana Allah.

Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat memberi panduan kepada kita semua. Selamat berpuasa dan beribadah. #StayAtHome

Sumber: Facebook Nur Mohammad Hadi

+ Baca respon pembaca yang juga melakukan solat terawih di Facebook Oh! Media.


Dikuasakan oleh Blogger.