Akui 'On-Off' Pakai Tudung Sebelum Ini, Shiera Tekad Terus Berhijab - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Akui 'On-Off' Pakai Tudung Sebelum Ini, Shiera Tekad Terus Berhijab


Banyak yang berlaku sepanjang tempoh PKP ini. Ada yang jarang bersama keluarga, kini sudah banyak masa bersama anak-anak dan isteri di rumah, ada yang mungkin dulu kurang mahir memasak, sekarang sudah pandai memasak banyak jenis makanan. Itulah antara hikmah yang mungkin ada dengan apa yang berlaku sekarang.

Untuk pelakon, pelawak dan penyampai radio Sharifah Shahira pula lain ceritanya apabila tampil dengan penampilan bertudung dan ia mendapat respon positif di kalangan peminat apabila Shiera menaikkan beberapa gambar dia memakai tudung di Instagram.

Memetik laporan Harian Metro, Shiera diakatakan telah mula berhijab sejak dari hari pertama PKP lagi dan jika sebelum ini dia bertudung secara on-off, sekarang Shiera sudah tekad dan berazam semakin kuat setelah melihat keadaaan wabak yang melanda dunia sekarang adalah terang-terang ujian daripada Allah untuk kita berhijrah.

Ditambah pula apabila PKP dilaksanakan. Pada mulanya saya bernazar, jika wabak ini ada penawar saya nak pakai tudung. Terlalu banyak dugaan Allah berikan sekarang. Tapi, saya fikir semula kalau tak ada penawar, takkan saya tak pakai tudung. Jadi, saya bulatkan hati dan berniat untuk terus pakai. Lagipun, sebelum PKP saya memang pakai ‘on-off’ dan suka-suka saja. Sekarang, saya sudah pakai dengan betul. Tapi, saya tidak boleh terus menjadi sempurna. Saya masih dalam proses belajar dan memperbaiki diri. - Katanya.

Semoga Shiera terus istiqomah dengan penampilan ini dan sama-samalah kita terus berdoa agar kita diberi kekuatan dan menjadi tempat untuk kita memperbaiki diri. Kak Shiera tak bolehlah tempik-tempik macam selalu lagi nampaknya, hehe.


Sumber: Harian Metro

+ Baca respon pembaca yang ikuti perkembangan kak Shiera di Facebook Oh! Media.



Dikuasakan oleh Blogger.