Spesifikasi RAM dan Kapasiti Bateri iPhone SE 2020 Terjawab! - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Spesifikasi RAM dan Kapasiti Bateri iPhone SE 2020 Terjawab!


Kelmarin, Apple baru saja melancarkan iPhone SE 2020. Kalau korang perasan, setiap kali Apple lancarkan peranti baru mesti mereka akan merahsiakan tentang saiz RAM dan kebesaran kapasiti peranti tersebut. Pada pelancaran tersebut, Apple hanya mendakwa yang ketahanan bateri pada iPhone SE 2 ini sama seperti iPhone 8.

BACA : iPhone SE (2020) Diperkenalkan Dengan Harga Jualan Bermula RM1,999 Di Malaysia. Murah!

Walaubagaimanapun, misteri mengenai bateri dan RAM peranti tersebut telah terjawab semalam. Menurut laporan 9to5Mac, ianya mempunyai bateri berkapasiti sebesar 1821mAh, sama seperti iPhone 8 dan lebih kecil kapasitinya berbanding iPhone 11 dan XR.

Untuk RAM pula, iPhone SE 2020 ini hadir dengan 3GB RAM. Maknanya, RAM pada iPhone terbaru ini sama seperti iPhone XR dan ianya semestinya lebih besar berbanding iPhone 8. Dengan adanya maklumat tambahan ini, korang bolehlah membuat pilihan dan memikirkannya terlebih dahulu sebelum membeli. Bagi Ohmedia, ianya memang berbaloi dengan harga yang ditawarkan dan mampu milik.

Sumber : 9to5Mac

+ Baca respon pembaca maklumat tambahan iPhone SE 2020 di Facebook Oh! Media.
Dikuasakan oleh Blogger.