Puteri Aishah Menggeletar Satu Badan, Keputusan Ujian Disahkan Negatif - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Puteri Aishah Menggeletar Satu Badan, Keputusan Ujian Disahkan Negatif


Selepas hampir dua minggu dirawat dan dikuarantin, akhirnya pelakon, Puteri Aishah bebas wabak covid-19. Menerusi akaun Instagram miliknya, Puteri kelihatan sangat gembira sambil mengatakan yang keputusan ujian ke atas dirinya negatif dan sudah boleh keluar dari Hospital Sungai Boleh kelmarin.

BACA : Puteri Aishah Disahkan Positif


Selepas hampir dua minggu dalam wad, Puteri menjalani ujian buat kali kedua dan tak lama kemudian, jururawat di situ memberitahu Puteri yang keputusan ujian kali keduanya itu negatif dan doktor juga telah mengesahkan yang dirinya telah berjaya melawan virus bahaya itu serta bebas dari wabak covid-19.

BACA : Puteri Aishah Kongsi Video Ujian Saringan Covid-19, Bakal Lakukan Swab Test Buat Kali Kedua!

Puteri berasa sangat bersyukur dan menggeletar satu badan selepas mendapat keputusan tersebut. Puteri juga berterima kasih kepada yang mendoakan dirinya dan kepada doktor dan jururawat yang telah merawat sepanjang dalam tempoh kuarantin di Hospital Sungai Buloh.

Sumber : Puteri Aishah

+ Baca respon pembaca Puteri Aishah bebas covid-19 di Facebook Oh! Media.
Dikuasakan oleh Blogger.