PU Abu Teruk Dikecam Netizen Selepas Muatnaik Video Tiktok - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

PU Abu Teruk Dikecam Netizen Selepas Muatnaik Video Tiktok


Alamak, nampaknya pendakwah bebas Pencetus Ummah (PU), Abu Sufyan masih teruk dikecam dengan netizen. Sebelum ini beliau terpalit dengan pelbagai kontroversi bersama bekas isterinya, Ain Afini dan juga Hana Azraa.

Kali ini pula beliau memuatnaik satu video Tiktok yang dilakukan di rumah ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Instagramnya, @_sufyanmokhtar sehingga mengundang kecaman daripada netizen di ruangan komen. Fuh! Laju je makcik pakcik bawang kan?

Bersempena saranan Menteri Pengajian Tinggi kita,saya menyahut untuk buat challenge tik tok yang mungkin melambangkan kecerdikan saya dalam akademik. Jangan lupa untuk sahut challenge ini ye korang. Aku buat ni suka2 je jangan salah faham plak. Kadang-kadang Tik Tok ni bukan sahaja boleh mengasah daya kreativiti anda malah boleh merapatkan hubungan silaturrahim.

Ketika Ohmedia melihat di ruangan komen tersebut, ramai meninggalkan kata-kata kesat terhadap PU Abu. Menurut pandangan Ohmedia, sebenarnya ramai jer install aplikasi Tik Tok ni sebagai menghilangkan rasa bosan sepanjang tempoh PKP ni.

Jadi, tak salah pun nak install untuk mengisi masa lapang korang tapi lebih baik kalau kita menggunakan masa ini dengan sebaik mungkin untuk mendekatkan diri dengan Allah SWT. Apapun, stay safe gais!

OHMEDIA: BIARLAH DIA NAK BUAT APA. LEBIH BAIK KITA BUAT HAL SENDIRI.

Sumber: Instagram

+ Baca respon pembaca beri pendapat di Facebook Oh! Media.


Dikuasakan oleh Blogger.