PPAP 2020 Versi COVID-19 Kembali Hiburkan Seluruh Dunia! - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

PPAP 2020 Versi COVID-19 Kembali Hiburkan Seluruh Dunia!


Masih ingat dengan Pen Pineapple Apple Pen? Nampaknya penyanyi Jepun Pikotaro ni kembali menghiburkan semua penduduk Jepun selepas 3 tahun gais! Kali ini Pikotaro kembali dengan versi PPAP versi 2020 dan menarik perhatian netizen.

Agak berbeza dari lagu 3 tahun yang lalu, masih menggunakan irama muzik yang sama, lagu kali ini bertajuk Pray-for-People-and-Peace yang dilihat bertujuan untuk mengajak orang ramai mengamalkan kebersihan dengan mencuci tangan berikutan wabak COVID-19.

Untuk pengetahuan korang, kerajaan Jepun telah mengambil keputusan untuk menjalankan perintah berkurun pada April dan video yang dikeluarkan pada 5 April ini ternyata menghiburkan mereka.

Setakat ini, video PPAP 2020 sudah mendapat lebih 5 juta tontonan dan ayat terakhir 'We Will Win' ternyata menyentuh hati ramai orang di seluruh dunia yang mengharapkan agar wabak ini segera tamat.

+ Baca respon pembaca yang tonton PPAP 2020 di Facebook Oh! Media.


Dikuasakan oleh Blogger.