Pihak Berkuasa Kesan Penipu Melalui Bil Utiliti Sepanjang Tempoh PKP - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Pihak Berkuasa Kesan Penipu Melalui Bil Utiliti Sepanjang Tempoh PKP


Bagi memastikan tidak ditipu oleh orang ramai semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa dua, pihak polis telah mengambil inisiatif untuk meminta bil utiliti seperti bil api atau air bagi menyemak alamat kediaman semasa pemeriksaan dilakukan.

Meskipun tiada undang-undang khas yang diperuntukkan bagi tindakan berkenaan ianya terpulang atas budi bicara pegawai polis yang bertugas, kata Ketua Polis Negara. Tambah beliau, alamat MyKad tidak digunakan kerana kebanyakan orang ramai tidak mengemaskini alamat tempat semasa. Oleh yang demikian, Abdul Hamid menyarankan agar orang ramai membawa bil elektrik atau bil air sebagai dokumen sokongan membantu pihak polis menjalankan pemeriksaan.

Sumber gambar dari mStar
Sebelum ini terdapat kes orang awam yang ditahan semasa pemeriksaan dengan mendakwa tinggal di Kota Damansara tetapi gagal menunjukkan bil air atau elektrik kediaman di Kota Damansara berkenaan, sebaliknya dia didapati menetap di Kajang menurut alamat pada MyKad. Niatnya terbongkar apabila tujuannya kesana adalah untuk membeli buah.

OHMEDIA: DENGAN PELAKSANAAN PKP FASA DUA INI OHMEDIA HARAPKAN JANGAN ADA YANG AMBIL KESEMPATAN MENIPU PIHAK BERKUASA. ALASAN BELI BUAH DEKAT KOTA DAMANSARA MEMANG TAK MASUK AKAL!

Sumber: Berita Harian

+ Baca respon pembaca pihak berkuasa kesan penipu melalui bil utiliti sepanjang tempoh PKP di Facebook Oh! Media
Dikuasakan oleh Blogger.