Penduduk Selangor Boleh Membuat Pembayaran Zakat Tanpa Tunai Melalui Aplikasi Boost - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Penduduk Selangor Boleh Membuat Pembayaran Zakat Tanpa Tunai Melalui Aplikasi Boost


Semasa Perintah Kawalan Pergerakan, pembayaran secara atas talian adalah satu kaedah yang baik untuk mengekalkan jarak social. Ketua Pegawai Eksekutif Boost, Mohd Khairil Abdullah mengatakan yang Boost telah dilantik sebagai ejen rasmi pungutan zakat.

Syarikat dompet digital itu mengumumkan yang mereka telah bekerjasama dengan pihak Lembaga Zakat Selangor untuk membantu kita semua supaya menunaikan kewajipan secara mudah dengan membuat pembayaran zakat tanpa tunai. Boost juga mengatakan yang mereka akan menyediakan perkhidmatan sama untuk Lembaga Zakat Negeri Kedah dan Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Perseketuan nanti.

Penduduk di Selangor boleh membuat pembayaran zakat harta di aplikasi Boost dengan memilih menu 'Zakat'. Pengguna juga boleh membuat pembayaran zakat fitrah dengan hanya perlu meletakkan nama, nombor kad pengenalan dan juga nombor telefon semasa membuat pembayaran nanti di menu zakat melalui aplikasi Boost.

Sumber : The Edge Market

+ Baca respon pembaca penduduk Selangor boleh membuat pembayaran zakat tanpa tunai di Facebook Oh! Media.
Dikuasakan oleh Blogger.